Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 20, 2021 @ 12:17pm

Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dilaporkan sudah ditahan oleh pohak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanannya dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat informasi mengenai keberadaan Sajat di Bangkok daripada pihak berkuasa Malaysia.

Menurut laporan Harian Metro, sumber memaklumkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki yang berpewatakan wanita warga Thailand ketika serbuan imigresen dilakukan.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya Sajat ke negara jiran pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok. Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya.

“Hasilnya, Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara terbabit.

“Pada 9 September atas kesalahan itu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat ke negara ini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia serta sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia. Semakan mendapati Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.

Ditanya apa alasan sebenar Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Featured Mon, 2 Dec 2024

Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

“Kali ini takkan menghilang lagi. Kali ni memang nak fokus dengan lagu ini” – Daus Eli

Featured Fri, 13 Jun 2025

PU Riz Tegur Tindakan Individu Beri Komen Tak Sepatutnya Terhadap Kematian Pelajar UPSI, Minta Jangan Mudah Jatuh Hukum

PU Riz tampil memberikan teguran terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung kematian pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Events Tue, 18 Feb 2025

Salah Umum Persembahan Terbaik Milik Aina Abdul Selama 4 Tahun Berturut-Turut, Naz Rahman Mohon Maaf

Naz mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan ia berlaku akibat kegemuruhan mengejar masa.

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
Featured Wed, 10 May 2023

“Dialog Tak Semua Tepat.. Tetapi Peristiwa 23 Tahun Itu Tinggal Kesan Mendalam” – Perdana Menteri Sukar Tonton Filem Anwar: The Untold Story

“Keadaan sebenar ketika saya dalam lokap dahulu lebih parah.. gelap sepanjang masa” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

error: Content is protected !!