Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2023 @ 7:46pm

“Dialog Tak Semua Tepat.. Tetapi Peristiwa 23 Tahun Itu Tinggal Kesan Mendalam” – Perdana Menteri Sukar Tonton Filem Anwar: The Untold Story

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sukar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story buat pertama kali dek terimbau masa lampau yang meinggalkan kesan mendalam kepada keluarga.

Filem yang berkisarkan tentang ranjau perjalanan beliau dalam arena politik ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menangkis persepsi orang ramai yang menggelarkan Anwar sebagai banduan dan penjenayah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Filem ‘Anwar: The Untold Story’ Menangkis Persepsi Sepanjang 23 Tahun Anwar Ibrahim Dipapar Menjadi Penjenayah” – Dr Wan Azizah

Jelas Anwar, beliau memberi kebebasan dan ruang sepenuhnya buat penerbit dan direktor filem ini tanpa bercadang untuk menyunting segala kritikan yang mungkin menyinggung keluarganya.

“Saya pertama kali tonton filem ini dan kami memberikan hak kebebasan sepenuhnya kepada. penerbit dan direktor. Ini hasil seni yang harus diciptakan dengan penuh kreativiti. Kalau ada tersingguh dan kritikan itu dimasukkan seperti dalam babak bersama adik-beradik saya itu, saya tidak cadang mereka untuk sunting.

“Sebagai figura yang diceritakan tentunya saya dan isteri, Azizah sangat tersentuh. Banyak episod dalam filem ini betul, meskipun ada segelintir dialog tidak 100% tepat. Namun, isu yang dibangkitkan adalah benar.

“Sejujurnya, saya sukar mengulas filem ini kerana ada segelintir episod sangat melukakan, menyakitkan dan menyedihkan terutama apabila beban tersebut ditanggung oleh Azizah, anak-anak dan rakan,” ujarnya.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau hanyalah manusia biasa, namun tetap menghargai penghasilan filem ini dengan gaya penceritaan dan sinematografi yang begitu menarik.

“Peristiwa berpuluhan tahun disingkatkan dalam masa satu jam lebih tentunya tidak mudah. Ia hanya boleh dilakukan dengan kecekalan, kepintaran dan pengalaman direktor. Sinematografi pun baik.

“Saya manusia biasa… Pasti ada tersentuh perasaan.. Sedih walapun seperti Azizah sebut dalam filem itu, ‘harus kawal, jangan pamer kesedihan kepada rakyat’, itu memang saya lakukan.

“Sepanjang hidup derita di penjara, hanya sekali menangis iaitu apabila ibu meninggal. Itu tak boleh kawal. Yang lain tu senyum dalam tangisan,” ujaryna lagi.

Disoal sama ada babak dalam penjara itu menggambarkan situasi sebenar, Anwar berkata keadaan dalam penjara adalah lebih parah daripada yang ditonjolkan.

“Babak dalam lokap itu tidak semuanya sama, dulu tak ada sinki dalam penjara. Keadaan sebenar ketika saya dalam lokap dahulu lebih parah daripada yang dipertonjolkan. Tempatnya gelap sepanjang masa dan tujuannya amat menyeksakan,” jelasnya.

Pada Isnin Malam, Anwar bersama isteri tercintanya, Wan Azizah ke sesi tayangan perdana filen Anwar: The Untold Story yang memaparkan perjalanan dalam arena politik di pusat beli belah terletak di ibu kota.

Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, mengisahkan perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Diterbitkan oleh Bianglala Entertainment hasil sentuhan pengarah terkenal Indonesia, Viva Westi menelan belanja sebanyak RM10 juta.

FIlem ini dibintingai oleh pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), aktres popular Indonesia Acha Septriasa (Wan Azizah), serta dibantu oleh Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Anwar: The Untold Story bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh negara pada 18 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Fri, 17 Apr 2026

“Yang Lagi Teruk Kalau Orang Buat Palatao” – Yusuf Bahrin Kunci Mulut Isu Wujud Orang Ketiga Punca Cerai Bersama Zizi Kirana

Yusuf Bahrin enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan mahupun isu yang dibangkitkan orang luar berkenaan wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Zizi Kirana.

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Suara Makin Power, Fattah Amin Gembira Isterimewa Diterima Baik Pendengar

Fattah juga memaklumkan dia sudah lama mengikuti kelas dengan guru vokal terkemuka, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.

familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Mon, 13 May 2024

Nama Dalam Senarai #Blockout2024, Mira Filzah Tampil Bersuara & Dedah Bukti!

Mira Filzah tenang balas tuduhan netizen isu #blockout2024

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

error: Content is protected !!