Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 23, 2022 @ 7:24pm

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

Baru-baru ini, perkongsian yang dimuat naik oleh Alif di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya merasakan hujan lebat di Makkah pada hari Jumaat.

Menurut Alif, ia merupakan rezeki untuknya kerana waktu yang paling mustajab untuk berdoa adalah ketika hujan.

“Allahuakhbar. Tak tahu nak cakap macam mana. Ini memang rezeki, hari Jumaat hujan lebat dekat Makkah. Tak boleh nampak clock tower dekat belakang.

“Ini adalah waktu yang makbul untuk berdoa bila hujan lebat macam ini. Semoga segala doa anda dimakbulkan Allah swt,” katanya di dalam video tersebut.

@itsalifsatar Sumpah nak nangis.. merasa hujan di Mekah!😭🙏🏽♥️ #Mekah #HujanMekah ♬ original sound – alifsatar

“Sumpah nak nangis, merasa hujan di Makkah!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira melihat Alif merasakan pengalaman seperti itu dan turut berharap dapat merasakan pengalaman yang sama.

“Alhamdulillah. Allahuakhbar. Moga saya pun dapat beribadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah juga Aamiin.

“Allahuakhbar. Semoga saya juga dapat merasa juga suatu hari nanti.

“Hujan lebat makbul doa. Doakan akak dapat pergi kesana dengan yang lain-lain yang belum sampai lagi,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 79,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan lebih 416 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Sep 2019
Featured Wed, 13 Aug 2025

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Menerusi perkongsian video, ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.

Featured Thu, 2 Oct 2025

Ardell Aryana Kongsi Momen Cemas Sebelum Lakukan SOS – “Saya Dengar Jeritan Demi Jeritan…”

elasnya, jika suatu hari dia membuat siaran langsung (live) dalam situasi genting, maka itu dianggap sebagai kata-kata terakhirnya buat semua.

Events Wed, 18 Mar 2020

[TERKINI] Penangan Covid-19 Bukan Penyebab Laungan Azan Dihentikan

Allahuakbar, semoga negara Malaysia sentiasa dilindungi

Events Fri, 15 Feb 2019
Featured Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Trending Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!