Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 14, 2022 @ 7:44pm

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

Penyanyi Alif Satar meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk di Tanah Haram Madinah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif berkongsi detik-detik pertemuannya bersama Mufti Menk sehingga sanggup bergegas ke masjid bagi berjumpa dengan pendakwah sohor global itu.

“Saya sedang tonton IG Live beliau dan terus berlari ke masjid untuk cari beliau.

“Saya tahu amat susah di dalam lautan manusia. Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? tapi dia juga tidak pasti.

“Dalam hati saya berkata ‘Insya-Allah, jika ia rezeki saya, maka Allah akan makbulkan.

“Kemudian, dia muncul dan solat sebelah saya. Allahu Akhbar.

“Ia sangat senang sekali dapat berjumpa secara peribadi,” luah Alif teruja.

Alif juga turut mengucapkan terima kasih atas video-video ceramah Mufti Menk malah turut menitipkan doa buat Mufti Menk

“Terima kasih atas video-video yang dihasilkan, yang membawa saya melalui masa sukar. Semoga Allah permudahkan segalanya untukmu, Aameen,” doa Alif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Dalam hantaran di sama, Alif turut memuat naik rakaman video yang memaparkan dia sedang berbual bersama Mufti Menk.

Alif bersama kumpulannya The Locos kini berada di Tanah Haram Madinah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Featured Thu, 9 Oct 2025

Hazwani Helmi Titip Pesanan Sukarelawan GSF Luar Negara Buat Rakyat Malaysia – “Ini Hanyalah Permulaan”

Hazwani Helmi tampil menyampaikan pesanan rakan-rakannya dari pelbagai negara buat rakyat Malaysia.

Featured Tue, 4 Jan 2022
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Having a Busy Schedule Doesn’t Deter Datuk Siti from Being a Mum

Being a mum and career woman isn’t the easiest task to handle but Datuk Siti shows us how it’s done.

Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

李佩玲玛莎「PK式」倒数演唱会!自爆公司禁爱令

李佩玲和玛莎再携手开唱,倒数演唱会以「PK式」呈现!而玛莎也在媒体追问下,自爆公司有下禁爱令。

error: Content is protected !!