Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2024 @ 10:26am

Dua Siri K-Drama Remaja Baharu Untuk Pencinta Drama Korea

Bersedia untuk menikmati drama remaja Korea yang berganda di platform penstriman video terkemuka Malaysia, Tonton! Istimewa bulan Ogos ini, Tonton membawakan dua siri tayangan ‘Lovely Runner’ dan ‘Juvenile Delinquency’ musim 1 dan 2 yang pastinya akan memukau penonton dengan tema percintaan yang menyentuh hati, drama, thriller, ketegangan, dan isu dalaman sosial. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton dua drama yang berbeza tetapi penuh dengan daya tarikannya yang tersendiri ini!

Drama popular Korea Lovely Runner akan ditayangkan di saluran linear tvN Asia di platform Tonton bermula 6 Ogos! Dibintangi oleh pelakon terkenal Korea, Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon, drama 16 episod ini mengisahkan tentang bintang terkenal Ryu Sun-jae (Byeon Woo-seok) yang memiliki segalanya. Namun, realiti tidak seindah rupa apabila tekanan populariti menganggu kehidupan sehariannya. Im Sol (Kim Hye-yoon) pula menjadikan Ryu Sun-jae idolanya selepas suatu tragedi kemalangan yang terjadi.

Apabila Sol mendapat berita tentang pemergian Sun-jae, dia kemudian secara misteri dia dibawa kembali ke masa lampau di zaman sekolah menengahnya (19 tahun). Bertekad untuk mengubah nasib tragis Sun-jae, Sol mengharungi dunia 15 tahun yang lalu untuk membantu Sun-jae mencari semula semangat dan kebahagiaannya. Jangan risau jika anda terlepas tayangan pertama Lovely Runner kerana setiap episod boleh ditonton semula secara ‘catch-up’ di platform Tonton selama 30 hari.

Untuk peminat genre thriller pula, anda pasti tidak ingin terlepas drama Juvenile Delinquency eksklusif di Tonton, dengan musim pertama yang boleh ditontpn secara ‘binge-watch’ bermula 23 Ogos. Ikuti kisah Kyung Da-jung (Won Ji-an), seorang remaja yang berumur 18 tahun yang menjalani kehidupan selepas kes jenayah ibu bapanya dan melarikan diri ke kawasan luar bandar. Di sana, dia berkenalan dengan sekumpulan remaja termasuk Gong Yoon-tak (Yoon Chan-young) yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan Da-jung yang merbahaya.

Ikuti juga musim kedua Juvenile Delinquency secara eksklusif di Tonton mulai 30 Ogos, yang mengisahkan tentang kehidupan Kyung Da-jung lima bulan kemudian ketika sedang melarikan diri dari rakan jenayah ibunya di bandar Seoul. Sementara itu, Gong Yoon-tak juga mempunyai cabarannya sendiri untuk menyelamatkan adiknya dari bahaya. Yoon-tak dan Da-jung bertemu semula di Gu-am apabila suatu pembunuhan misteri berlaku.

Jangan terlepas untuk menonton dunia thriller, drama dan kejutan yang tidak dijangka dalam drama Lovely Runner dan Juvenile Delinquency! Teruskan ‘binge-watch’ drama Korea kegemaran anda dalam HD di Tonton dengan memuat turun aplikasi Tonton dari Google Play, App Store atau menerusi laman web www.tonton.com.my untuk pengalaman penstriman secara premium hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Cari 12 Bakat Baharu, Penerbit Jaja Ishak Pentingkan Disiplin – “Pernah Jumpa Penyanyi Yang Enggan Datang Promosi”

Jaja Ishak menegaskan kejayaan seseorang artis tidak hanya bergantung pada bakat dan populariti.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Adriana Adnan tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

11 Tahun Tanpa Single Baharu, Raihan Tetap Laku!

Siapa cakap kumpulan Legend dah tak aktif, baca ni!

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

AYDA KECEWA; NETIZEN KECAM!

Sebagai tanda protes lagu itu tidak sesuai disenaraikan di Pentas AJL32, kali ini giliran Ayda Jebat pula dikecam netizen dan dilabel sebagai tidak bersyukur atas keputusan juri.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018
error: Content is protected !!