Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana May 31, 2024 @ 7:07pm

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Pelakon jelita, Amyra Rosli mendedahkan dia dan suaminya, Amar Baharin bersikap terbuka dalam melakonkan sebarang watak dalam sesebuah naskhah drama.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata, mereka tiada masalah untuk membawa sebarang jenis watak dan tidak pernah meletakkan sebarang syarat antara mereka.

“Saya buat bahagian saya, Amar buat bahagian Amar. Kami tak pernah duduk dan berbincang untuk pemilihan watak.

“Tetapi sekarang ada sesetengah pihak yang bertindak melepaskan adegan-adegan panas, dan jika ada babak sebegitu, itu mungkin kami berdua akan duduk berbincang dahulu,” ujar Amyra.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tawaran melakonkan babak panas, pelakon drama Nur itu menyatakan yang dia belum pernah ditawarkan untuk melakonkan aksi seperti itu.

Namun, tawaran itu pernah berlaku kepada suaminya dalam menjayakan watak dan adegan yang melibatkan babak panas.

“Buat masa ni, untuk saya tiada lagi tawaran seperti itu. Tapi untuk Amar adalah juga, tapi Alhamdulillah, dia menolak.

“Jadi, saya sangat bersyukur dengan perkara ini. Tiada sebab saya nak halang Amar untuk menerima sebarang watak kerana dia sendiri dah tahu apa yang dia buat,” katanya lagi.


Sekadar info, Amyra Rosli mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tech News Wed, 24 Jul 2024

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Bajet RM2,000 Pilihan Terbaik Di Pasaran!

Baru-baru ini HONOR telah menerima pujian orang ramai setelah melancarkan Siri HONOR 200. Telefon pintar ini, mendapat perhatian pengguna kerana fungsi dan spesifikasinya jauh lebih baik berbanding model sebelum ini iaitu HONOR 90. Bagi korang […]

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Trending Fri, 19 Feb 2021

SOP Terkini, Kelonggaran Bagi Jumlah Penumpang Adalah Mengikut Kapasiti Kenderaan – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kelonggaran bagi jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki yang bermula hari ini adalah dibenarkan untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP […]

Trending Tue, 17 Apr 2018

Is HERSHEY’S a Korean Pop Music Fan?

Their latest chocolate bar packaging is making people believe that they could be KPOP fans.

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Suami Syahrini Bukti Dirinya Seorang Lelaki Yang Romantik!

Sebelum ini, Reino juga menyifatkan Syahrini amat istimewa kerana wanita itu mengajarnya erti cinta sebenar.

error: Content is protected !!