Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 8, 2023 @ 7:01pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza Bagi ‘Gift’ Di TikTok, Izara Aishah Tersipu Malu – “Mak Mentua Sayang Sangat Ni…”

Pelakon jelita, Izara Aishah tersipu malu dan terkejut apabila penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyertai siaran langsung di TikTok ketika sedang mempromosi tudung jenamanya.

Ketika itu, Izara sempat berseloroh memberi tips memikat hati ibu mentua kepada penonton siaran langsung tersebut dengan memakai tudung berwarna putih.

“Mak Iti ke tu? Laillahailllah dia bagi present pula.. Haa nampak, dia jadi. Kalau pakai tudung warna putih ni, dapat hadiah,” katanya berseloroh.

Lantas itu, aktres drama rantaian popular Vanila Coklat itu tidak henti menerima hadiah daripada Siti Nurhaliza.

“Mak Iti (Siti Nurhaliza) ke bagi gift tu? Ya Allah.. Mak Iti! Dia bagi spek pula… Kena tukar tudung ni, mak mentua sayang sangat ni.. Adui Mak Iti.

“Ni Aafiyah ke main phone Mak Iti ni, tak akan Ayah (Datuk Khalid) kot.. Mak Iti, tak payahlah.. Pergi tidur,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Izara yang tersipu malu dan merapu.

“Mesti TokTi tengah gelak sakan dengar Izara merapu,” kata netizen.

“Tersipu-sipu dia dapat hadiah dari mak mentua,” ujar netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 110,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 22 komen.

ssstik.io_1683542831750

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

Trending Sun, 19 Jun 2022

[VIDEO] “Wah Dah Macam Drama Arab” – Netizen Puji Neelofa ‘Terpeleot’ Cakap Arab

Neelofa ‘terpeleot’ cakap bahasa Arab dengan suaminya, PU Riz.

Featured Fri, 6 May 2022

“Suka Hati Dia La… Kau Apa Hal? – Fazley Yaakob Bengang Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

Alahai… orang lain yang tindik hidung orang lain yang panas! ada ja yang tak kena kan dengan netizen ni

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Sat, 3 Sep 2022
error: Content is protected !!