Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 7, 2022 @ 7:23pm

Dituduh Lakukan Babak Aksi Dengan Rela Hati, Wafariena Lapor Polis – “Tak Guna Dia Nak Hubungi Kami Selepas…”

Sebelum ini, pelakon Wafariena membuat laporan polis terhadap pengarah Kahiri Azmi kerana dipaksa melakukan babak aksi dalam drama Mata Tak Berhijab dan alami kecederaan.

Memetik laporan mStar, ibu kepada Wafariena iaitu Suzana Ahmad menjelaskan nekad berbuat demikian selepas dituduh oleh Kahiri yang mendakwa anaknya lakukan aksi itu dengan rela hati.

Menurut Suzana, dia meluahkan rasa kecewa kerana tiada sebarang permohonan maaf dibuat selepas insiden yang berlaku di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.

“Sebagai pengurusnya, saya ingin tegaskan Wafariena tidak beraksi secara rela untuk babak berbahaya dalam penggambaran tersebut memandangkan dia tiada pengalaman.

“Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya.

“Sedangkan dia tahu kecederaan Wafariena serius sehingga mengambil masa lama untuk sembuh,” katanya.

Selain itu, Suzana memberitahu tindakan undang-undang hanya diambil keatas pengarah drama itu sahaja dan tidak melibatkan produser atau krew penggambaran lain.

Pihaknya juga akan bertemu dengan penerbit drama bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk kos rawatan anaknya di hospital.

“Sepatutnya kami akan bertemu penerbit namun belum dapat tarikh kerana jadualnya padat. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah tentang bayaran akhir serta kos rawatan Wafariena.

“Wafariena mengalami kecederaan di bahagian perut selain kecederaan tisu punggung dan terpaksa menolak dua tawaran lakonan. Dia bagaimanapun meneruskan penggambaran sesebuah program yang sudah dipersetujui lebih awal,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022
Hiburan Fri, 13 Sep 2024

Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Sedihnya 😭💔 Mungkin ini apa yang terbaik untuk mereka, kita tak tahu apa yang Fazura pendamkan 🥲

Hiburan Thu, 3 May 2018

偶遇Baby一家3口「真实未P身材」网友认输了

Angelababy和黄晓明结婚即将满3年,2人的儿子「小海绵」现在已经满1岁,正值成长的黄金阶段,夫妻俩虽然工作忙碌,但只要一有时间就会带着孩子出游,近日被目击一家三口同游香港迪士尼,网友爆料未修图的身材「腿真的很细」。

Featured Sat, 29 Jun 2024

“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak

Wow, betullah tu bila orang kata anak adalah segala-galanya bagi parents😍🥰

Featured Sun, 30 Jun 2024
Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Thu, 8 Nov 2018

4 Perkara Yang Menunjukkan ‘Period Pain’ Anda Tidak Normal

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor!

error: Content is protected !!