Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 6, 2022 @ 6:06pm

Ada Kesan Lebam Lama Dan Baru, Youtuber Ditahan Bunuh Teman Wanita

Seorang Youtuber berusia lingkungan 20-an bersama tiga lagi rakannya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan, empat lelaki berusia sekitar 23 tahun hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar sejak tiga hari lalu selepas doktor di Balik Pulau membuat laporan polis mengenai pesakitnya yang sedang kritikal.

Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul

Difahamkan, mangsa yang juga seorang Youtuber disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamarul berkata, mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan objek keras dan tumpul kerana terdapat kesan lebam di badan mangsa.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Feb 2025

Bakal Lancar Lagu Raya, Siti Nurhaliza Puji Karya Aisha Retno – “Tahniah! Anak Muda Yang Hebat”

Siti memaklumkan dia bakal tampil dengan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

Nora kecewa dengan sikap netizen yang menghina bayinya yang tidak bersalah. Baginya, anak merupakan kurniaan tuhan yang perlu disayangi, bukan dihina.

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Jenazah Andre Mikhail Selamat Dikebumikan, Didie Alias Sempat ‘Tunai’ Janji – “Tak Boleh Bayang Dia Sudah Tiada”

Jenazah anak sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail Khairil Idzhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor

error: Content is protected !!