Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 24, 2026 @ 1:08pm

Jenazah Andre Mikhail Selamat Dikebumikan, Didie Alias Sempat ‘Tunai’ Janji – “Tak Boleh Bayang Dia Sudah Tiada”

Jenazah anak sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail Khairil Idzhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pada jam 10.40 pagi, pada Selasa.

Allahyarham yang sebelum ini menderita kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu itu disahkan telah menghembuskan nafas terkahirnya pada malam tadi sekitar jam 10:15 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, ibu angkat Allahyarham, Didie Alias berkata, dia telahpun menunaikan janjinya kepada sahabat baiknya, Amyza Aznan untuk menjaga arwah sehingga ke liang lahad.

“Macam tak boleh bayangkan yang Andre sudah tiada sebab tiba-tiba dia disahkan kanser, sedangkan sebelum ini, dia aktif, pendiam dan anak yang baik.

“Tak percaya apabila hilang anak saya yang seorang ini.  Saya sudah berjanji dengan Amyza dan jaga dia sampai habis nyawa. Tidak kisahlah apa pun, sebab saya sudah kenal emak dia sejak bujang lagi sampai dia melahirkan Andre,” katanya.

Mengulas lanjut, Didie atau nama lengkapnya, Fadzilah binti Mohd @ Ali menjelaskan, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menguruskan situasi sukar itu dan mengambil peranan sepenuh hati supaya sahabatnya mendapat sokongan yang diperlukan.

“Hari ni kekuatan dia adalah saya. Saya kena kuatkan dia sebab dia sudah tak larat sangat.

“Keadaan mental dan fizikal dia tidak okay, suami dia pun tak kuat. Alhamdulillah, saya dapat tangani situasi itu.

“Saya sudah berjanji dengan dia yang saya akan uruskan anak dia sampai ke liang ahad,” jelasnya.

@haiselebriti Untuk cerita lanjut sila ke www.haiselebriti.com Follow kami di: Tiktok: @haiselebriti X : @haiselebriti FB: @hai selebriti Youtube : Haiselebriti #artismalaysia #ceritaartis #haiselebriti #Eksklusif #mamididie ♬ original sound – haiselebriti

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Kutipan Cecah RM 30 Juta, PASKAL Sumbang RM 100,000 Untuk Tabung TLDM

Paskal menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 

Trending Mon, 7 Feb 2022

Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya, Michael Hansen. Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya. “Kami […]

Hiburan Sat, 10 Aug 2024
Featured Mon, 22 Jul 2024

Kongsi Wajah Anak Kedua, Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Urayyan Bermaksud Penunjuk Arah Kiblat

Mashaa-Allah, Moga Raja Urayyan jadi anak yang soleh dan memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Lafaz Cerai Hafidz, Shuhada Ditangguhkan Pada 27 Julai

Semoga urusan mereka dipermudahkan

Trending Mon, 13 Sep 2021
error: Content is protected !!