Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2024 @ 2:15pm

Kongsi Wajah Anak Kedua, Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Urayyan Bermaksud Penunjuk Arah Kiblat

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad tampil berkongsi wajah anak keduanya yang diberi nama Raja Urayyan Raja Shahiran.

Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Uyaina menjelaskan, nama putera keduanya itu diambil berdasarkan ilham dari buruj ‘Orion’ yang bermaksud, Penunjuk Arah Kiblat.

“Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran.

“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.

“Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.

“Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di mukabumi ini. Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. MashaaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina juga sempat menitipkan ucapan dan doa sekaligus berharap semoga Raja Urayyan dapat memberi manfaat kepada orang lain kelak.

“Anakku @rajaurayyan , tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya.

“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain. Aamin Ya Allah Ya Bariq,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Terdahulu, suaminya yang juga pelakon, Raja Syahiran berkongsi berita gembira apabila isterinya telah selamat menimang cahaya mata kedua pada 17 Mei lalu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pada ketika itu pasangan ini masih belum berkongsi wajah dan nama penuh anak kedua mereka kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bersalin Secara Pembedahan, Uyaina Arshad Terharu Raja Syahiran Siap Tampal ‘Sign’ Pada Kereta – “Sorry Slow, Wife Czer”

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Common’ Yang Tak Patut Ditanya Kepada Ibu Bersalin – “Tak Fahamlah Orang Macam Ni!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Sun, 7 Oct 2018
Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Kenapa Orang Rasa Mereka Yang ‘Free Hair’ Ni Banyak Dosa?” – Thalita Anak Shuib Minta Netizen Tegur Cara Baik

Thalita anak Shuib persoal segelintir pemikiran individu dakwa wanita free hair banyak dosa

Featured Sat, 16 Mar 2024
Featured Sun, 4 Sep 2022
Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

Hiburan Sat, 17 May 2025
Selebriti Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!