Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 21, 2024 @ 3:54pm

[VIDEO] Bersalin Secara Pembedahan, Uyaina Arshad Terharu Raja Syahiran Siap Tampal ‘Sign’ Pada Kereta – “Sorry Slow, Wife Czer”

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil berkongsi momen dirinya keluar dari hospital selepas melahirkan anak keduanya bersama suaminya, Raja Syahiran, Jumaat lalu.

Difahamkan, Uyaina telah melahirkan anak lelakinya yang kedua itu secara pembedahan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syahiran kelihatan teruja untuk membawa pulang anak kedua mereka itu ke rumah.

Malah, dia sanggup membuat ‘sign’ meminta maaf kerana perlu membawa kereta perlahan demi mengurangkan kesakitan kesan pembedahan selepas bersalin isterinya, Uyaina.

“Sorry slow, wife czer,” tulis Syahiran.

Terharu dengan pengorbanan suaminya itu, Uyaina sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syahiran kerana menjaganya sepanjang bersalin.

Uyaina turut menitipkan doa kepada para ibu yang baru bersalin agar cepat sembuh selepas berpantang.

“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar, dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi dan ada support system yang kuat.

“Sebab sakit selepas melahirkan ni takleh nak describe. Especially that first walk to the toilet. Ingat pun boleh nangis To my Raja Syahiran, thank you for taking care of me. I love you,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Artikel Berkaitan: Tahniah! Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 21 Nov 2021

Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Hari ini, Muzik […]

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Fri, 3 Jan 2020
Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!