Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 6, 2022 @ 12:40pm

Pernah Tolak Ajakan Untuk Pura-Pura Bercinta, Sissy Imann Tak ‘Layan’ Publisiti Murahan

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann mendedahkan dirinya pernah menolak pelawaan rakan industri untuk pura-pura bercinta demi meningkatkan populariti mereka dalam kalangan peminat.

Menurut Sissy, dia tidak mahu mencipta publisiti murahan biarpun popularitinya tidak melonjak naik secara mendadak seperti rakan seperjuangan yang lain.

“Saya tahu gosip bercinta sesama artis antara berita yang pantas memancing perhatian, tetapi sudah tentu saya tak tergamak untuk mereka-reka cerita yang tidak benar.

“Memang ada seseorang yang pernah menyuarakan hasrat supaya kami berpura-pura mempunyai hubungan kerana kononnya saya tidak mempunyai cerita panas yang dapat melonjakkan nama saya.

“Bagi saya tidak mengapalah kalau kurang kisah sensasi daripada mereka-reka benda yang tak betul. Bukan saja menipu orang, hakikatnya kita juga menipu diri sendiri,” katanya.

Namun, Sissy juga menyatakan dia lebih selesa dengan caranya tersendiri demi mendapatkan rezeki yang berterusan dalam kerjaya seninya berbanding mengada-adakan cerita sensasi.

“Biarlah begini lagi bagus, asalkan rezeki dalam bidang seni tak putus. Itu lebih saya risaukan berbanding tiada kisah sensasi,” katanya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Events Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sun, 22 May 2022

“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Amar Baharin bengang tidak dibenarkan membuat pengambaran di rumah miliknya sendiri.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Featured Wed, 17 Mar 2021
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B.J Habibie.

Events Tue, 2 Jan 2018

MENANGI 30 PASANG TIKET DAN PAS PERCUMA KE AFTER PARTY RATED XTRA AJL32

Menangi 30 pas percuma dan rasai sendiri acara After Party Rated Xtra dengan hanya menjawab soalan ini

error: Content is protected !!