Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 27, 2023 @ 11:59am

Elizabeth Tan Akui Teringin Bergelar Ibu, Tapi… – “Perkara Itu Memberi Tekanan Buat Diri Saya”

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui dirinya dibelenggu rasa bimbang kerjaya seninya terjejas selepas menimang cahaya mata pertama.

Sebelum ini, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menyatakan dia teringin menjadi seorang ibu dan berhasrat untuk memiliki zuriat pada tahun ini.

“Memang saya pernah beritahu mahukan anak tahun ini. Jujurnya, saya teringin sangat bergelar ibu.

“Tambahan pula, usia bakal menginjak 30 tahun… Saya bukan lagi muda. Ibu saya juga makin berusia, jadi, kalau boleh, saya ingin memberinya cucu.

“Tetapi apabila memikirkan kehadiran zuriat mungkin memberi kesan kepada kerjaya seni, saya jadi berbelah bahagi.

“Jika mengandung, saya terpaksa bercuti setahun. Selepas itu, watak yang diberi pasti berbeza daripada sekarang. Jadi, saya risau setiap kali memikirkannya,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Lizzy turut menyatakan status ekonominya juga menjadi salah satu faktor membuatkan dirinya tertekan.

“Suami saya hanyalah doktor pelatih. Jujur saya akui, gajinya tidaklah sebesar mana.

“Jadi kebanyakan perbelanjaan seperti ansuran rumah, kereta dan keperluan ibu bapa, saya yang tanggung.

“Kalau boleh, saya tidak mahu kecewakan sesiapa. Tetapi memikirkan perkara itu memberi tekanan buat diri saya yang benar-benar mahukan anak,” jelasnya.

Bimbang akan popularitinya menjunam selepas menimang cahaya mata, penyanyi itu bagaimanapun meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang memahami situasinya dan tidak pernah memaksa.

“Saya sudah lihat banyak contoh. Ramai penyanyi wanita yang meniti kemuncak populariti, tiba-tiba menjunam selepas berkahwin dan memiliki anak.

“Sementara penyanyi baharu pula silih berganti. Bila-bila masa kami boleh dilupakan. Jadi perkara itu sangat merisaukan saya,” katanya.

Terdahulu, Elizabeth dan Siew Jim telah mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 16 Feb 2025
Events Mon, 15 Oct 2018

Here’s the Full List of Speakers for ZafigoX 2018

The women empowerment event will be filled with inspiring talks!

Featured Tue, 14 Sep 2021
Trending Sun, 10 May 2020
Featured Fri, 19 Jan 2024

Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Susulan kontroversi dan provokasi yang timbul mengenai penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander, Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd Aminuddin […]

Featured Mon, 6 Dec 2021

“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19. Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi […]

Drama Tue, 3 Feb 2026
error: Content is protected !!