Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 29, 2023 @ 5:59pm

Media Prima Audio Raih Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan, Hot FM Terus Kekal Di Kedudukan Pertama!

Media Prima Audio (MPA) memaklumkan telah mencapai jumlah lebih 5.5 juta pendengar mingguan berdasarkan keputusan diraih melalui Tinjaun Nielsen dan Consumer & Media View (CMV) dari tempoh Julai 2022 sehingga Jun 2023 dalam golongan individu berusia 15 tahun dan ke atas di Semenanjung Malaysia.

Stesen Hot FM sekali lagi telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia yang meraih seramai 3.73 juta pendengar dari Julai 2022 hingga Jun 2023.

Pelbagai kempen yang dianjurkan oleh pihak Hot FM antaranya ialah Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) dimana pemenang dapat membawa wang tunai sebanyak RM300,000. Bukan itu sahaja, Anugerah TerHot, Last Beat Hot FM, Piknik Hot di beberapa tempat dan lain-lain kempen lagi.

Hot FM

Pada 26 October 2023, Hot FM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan gandingan baharu untuk segmen HotFlix bersama Ayu iaitu Aidil Fikri. Aidil Fikri merupakan DJ AI berbahasa Melayu pertama di Malaysia.

Setelah 3 minggu Ayu dan Aidil Fikri ke udara di segmen tersebut, ianya menunjukkan impak yang positif daripada pendengar kerana mereka mendapati DJ AI ini adalah sesuatu yang baharu dalam industri.

Selain itu, Fly FM juga masih mengekalkan prestasinya menjadi stesen radio No. 2 berbahasa Inggeris di Malaysia dengan membuktikan seramai 2.11 juta pendengar diperoleh dari Julai 2022 hingga Jun 2023.

Fly FM juga tidak kurang hebat dengan pelbagai kempen antaranya ialah Code Breaker, RnB Flydays x DJs Playground, penyampai radio AI pertama di Malaysia iaitu Aina.

Aina telah membuktikan kepada pendengar radio bahawa teknologi AI ini mampu membawa sesuatu baharu kepada industri media.

Serentak dengan itu, Hot FM juga telah menganjurkan sebuah majlis doa selamat bagi meluahkan rasa syukur tentang keputusan tinjauan tersebut dan sebagai tanda terima kasih kepada pendengar dengan membawa anak-anak yatim daripada Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara bersama-sama untuk memeriahkan majlis, baru-baru ini.

Hot FM

Stesen radio yang dijenamakan semula daripada Buletin FM iaitu Kool 101, telah membawa pelbagai kempen untuk berusaha dekat dengan rakyat dengan kempen-kempen yang berjiwa rakyat.

Dengan jumlah pendengar seramai 192,000 pendengar, Kool 101 telah berjaya menarik hati pendengar untuk sentiasa dengarkan isu semasa dan sosial daripada Kool 101.

8FM juga telah dijenamakan semula kepada Eight FM. Penjenamaan tersebut adalah kerana Eight FM ingin berdiri dengan jenama mereka berbanding gunakan logo yang lama. Kempen yang diadakan di Eight FM telah mendapat sokongan pendengar terutamanya seramai 592,000 pendengar yang mendengarkan Eight FM sehingga hari ini.

Hot FM

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, pihaknya akan sentiasa  menyajikan pengisian yang baik demi memuaskan hati semua pendengar yang selama ini tidak henti memberi sokongan kepada radio di bawah naungan MPA.

“Kami sentiasa inginkan pembaharuan kepada setiap stesen untuk menambah baik kandungan dan memuaskan hati pendengar.

“Saya juga meluahkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada pendengar kami atas setiap sokongan yang diberikan kerana setia mendengarkan radio-radio di Media Prima Audio.

“Tidak lupa juga kepada rakan kongsi kami yang telah banyak membantu dan menyokong kami dari dulu lagi. Tanpa anda, tiadalah kami disini untuk merasa menjadi stesen radio No.1 di Malaysia,’ katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Nov 2020
Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.

Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Hiburan Tue, 3 Dec 2024
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Trending Mon, 20 Jan 2025
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Bront Palarae Perlukan RM 2 juta Untuk Naskah Inspirasi

Bajet yang diperlukan untuk filem ini adalah sekitar RM4.4 juta, tetapi kami hanya memerlukan RM2 juta sumbangan ikhlas daripada peminat dan orang awam di luar sana.

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Teruja Kembali ke Malaysia, Culture Wars Suka Makan Rendang

Kumpulan muzik Culture Wars teruja kembali ke Malaysia.

error: Content is protected !!