Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 2, 2022 @ 4:32pm

Sibuk Uruskan Perniagaan, Nadiyah Shahab Akui Rindu Ingin Berlakon Semula

Pelakon Nadiyah Shahab meluahkan rasa rindunya untuk kembali aktif berlakon biarpun sedang sibuk menguruskan perniagaan.

Namun, keinginan itu terpaksa diketepikan demi membantu suaminya, Ben Ali menguruskan perniagaan mereka, Absolut Brands Sdn Bhd.

“Teringin juga nak kembali berlakon tapi masa pula tidak mengizinkan. Apatah lagi jika di set penggambaran, kita tidak dapat menduga jangkaan masa di lokasi.

“Jadi tidak adil untuk saya lepas tangan dan membiarkan Ben menguruskan perniagaan seorang. Apa pun biar kami berdua bersama-sama,” katanya.

Memetik laporan Gempak, pelakon itu juga turut meluahkan rasa terujanya dengan konsert Absolut Music Festival, anjuran syarikatnya yang bakal berlangsung pada 4 November sehingga 6 November ini.

“Semakin dekat tempoh acara yang bakal dianjurkan semakin berdebar-debar. Apa pun boleh terjadi dalam tempoh ini, jadi saya berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

“Malah, jika ada acara sebegini, keluarga di Singapura juga tidak putus melakukan solat hajat setiap hari. Saya percaya doa dan restu keluarga juga memainkan peranan penting,” katanya.

Konsert tersebut menampilkan seramai 18 penyanyi terkenal tanah air seperti kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface dan ramai lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Apr 2023
Featured Tue, 31 Oct 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

PANAS! Minta Maaf Atau… Aishah Bagi Masa Seminggu Kepada Vida

Kata Aishah, ‘Ini untuk sedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis demi rating dan kepentingan saja’.

Featured Mon, 3 Apr 2023
error: Content is protected !!