Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:31am

Marsha Milan Kekal Unggul, Gegar Industri Muzik Dengan ‘Misompuru’ Album Berjiwa Borneo!

Selepas mencipta fenomena di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi berbakat besar Marsha Milan kembali dengan kejutan buat peminat menerusi album baharu, Misompuru!

Lebih daripada sekadar sebuah album, Misompuru adalah simbol kecintaan Marsha terhadap muzik Borneo, menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak dalam konsep yang meraikan kebersamaan serta keunikan budaya etnik.

Judul Misompuru, yang bermaksud ‘keramaian’, melambangkan suasana mesra dan pertemuan dalam budaya Borneo sesuai dengan semangat album ini yang dihasilkan khas untuk dinikmati bersama.

Menampilkan lima buah lagu dengan pelbagai genre serta kolaborasi bersama nama-nama hebat dari Borneo, album ini diharapkan dapat menembusi hati pendengar di seluruh Malaysia, bukan sekadar di Sabah dan Sarawak.

“Saya mahu semua orang merasai kehangatan muzik dari Borneo. Setiap lagu dalam Misompuru mempunyai sentuhan tersendiri yang mencerminkan kisah, budaya dan keindahan muzik etnik dalam bentuk yang lebih segar,” katanya.

Antara lagu-lagu menarik yang menghiasi album ini termasuk:

  1. Nalan Nalan – Marsha Milan & Alena Murang
  2. Lintah Darat – Marsha Milan & Velvet Aduk
  3. Pelangi Pasti – Amir Jahari
  4. Santai Saja – Marsha Milan
  5. Hey Aramai Ti – Marsha Milan & Datuk Francis Landong

Dengan usaha gigih memperjuangkan keunikan muzik tempatan ke arus perdana, Marsha Milan terus membuktikan bahawa muzik etnik mampu berdiri gah dalam industri hiburan Malaysia.

Album Misompuru kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital, sementara siri promosi akan diumumkan dalam masa terdekat, menjanjikan lebih banyak kejutan buat para pendengar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Syafiq Kyle, Amyra Rosli Menang Pelakon Terbaik Drama Rantaian

Tahniah Syafiq dan Amyra, tak sabar nak tengok korang di Nur 2 nanti!

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Kes Mahkamah Fri, 7 Jun 2024
Kisah Viral Wed, 6 Mar 2024
Trending Tue, 4 May 2021

Nak Lebih Healthy Tapi Tetap Nak Enjoy Juadah Raya? Jom Gantikan 5 Bahan Masakan Ini!

Lepas dah sebulan berpuasa, sambutan Syawal adalah masa untuk membalas dendam dan makan semua makanan kan? Faham-faham je lah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu! Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar […]

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Ada Musuh Dalam Industri” – Tiada Istilah Putus Kawan, Nabila Huda Akui Susah Tinggalkan Sebuah Persahabatan

‘Saya percaya satu hari nanti silaturahim yang terputus sementara itu akan berjumpa kembali’ – Nabila Huda 😢

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Malique buat kejutan kini muncul di media sosial selepas lama ‘menghilang’

error: Content is protected !!