Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 27, 2025 @ 11:50am

Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Selepas sekian lama menyepi dari dunia hiburan, penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique, akhirnya kembali mencuri perhatian dengan kewujudan akaun Instagram rasminya, Malique Ibrahim.

Apa yang lebih mengejutkan, dalam tempoh hanya dua hari, akaun tersebut telah mengumpul lebih 60,000 pengikut, sekali gus membuktikan pengaruh serta popularitinya yang masih utuh.

Seperti yang sudah dijangka, Malique tetap mengekalkan identitinya yang penuh misteri. Tiada sebarang gambar dirinya dikongsikan, sebaliknya hanya foto lokasi menarik serta selebriti yang hadir ke studio miliknya, Qarma Studios.

Menariknya, walaupun dikelilingi ramai peminat dan selebriti yang mengikuti akaunnya, Malique atau nama sebenarnya, Cairel Edin Ibrahim hanya memilih untuk mengikuti satu akaun sahaja iaitu Qarma Studios.

Meskipun pengikutnya di IG ramai dalam kalangan selebriti selain peminat, namun begitu Malique hanya mengikuti satu akaun media sosial iaitu Qarma Studios.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja dengan kemunculan akaun media sosial tersebut serta berharap agar Malique akan kembali mencipta karya hebat.

Sejak Too Phat dibubarkan pada tahun 2007, Malique mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan menghilang dari radar media sosial. Namun begitu, beliau masih aktif di belakang tabir sebagai pencipta lagu dan penerbit muzik.

Walaupun begitu, Malique tidak meninggalkan industri hiburan dimana dia masih menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir.

Sebelum ini, single ‘Sedih Hati’ yang menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey menjadi viral di media sosial. Menambah kejutan, video muzik lagu tersebut turut menampilkan wajah anak sulungnya, Inca Medina, yang kini berusia 14 tahun.

Sekadar info, Malique berkahwin dengan model, Melissa Maureen apda 2008 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Inca, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Sat, 7 Dec 2019

筹备两年新作终见天日!新专辑数位上架张智成妙回:不想被看光

筹备两年新作终见天日,自我挑战乐此不疲;新专辑数位上架张智成妙回:不想这么快被看光光啦!

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Featured Thu, 20 Jun 2024
Featured Thu, 21 Nov 2024

“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Penyanyi berbakat, Aisha Retno tampil memberikan respons berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan pembatalan konsertnya, ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Trending Thu, 16 Aug 2018

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,”

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
error: Content is protected !!