Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 21, 2021 @ 3:26pm

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Masuk hari ke-9 Ramadan, nampaknya pengunjung masih dilihat beratur panjang dan memeriahkan sambutan bazar Ramadan tahun ini.

Namun, kerajaan Selangor kini memperketatkan prosedur operasi standardnya (SOP) terutamanya di bazar Ramadan dengan melarang pengunjung membawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berkunjung ke bazar Ramadan.

Menurut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, SOP di bazar Ramadan diperketatkan berdasarkan tinjauan dibuat pada minggu pertama Ramadan mendapati pengunjung tidak mematuhi SOP tersebut.

Sistem penomboran diperkenalkan

Malah, pihaknya kini menggunakan sistem penomboran di semua bazar bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengelakkan operasi di tapak tersebut menjadi terlalu padat.

“Kita mewujudkan satu ‘task force’ melibatkan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan serta menambah penolong pegawai persekitaran daripada Jabatan Sisa Pepejal untuk membantu dari segi pemantauan SOP di bazar Ramadan”

Selain itu, beliau juga memohon agar pengunjung bersabar dan patuh kepada SOP agar kluster baharu daripada bazar Ramadan tidak wujud.

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Thu, 8 Feb 2024

Anak Lebih Selesa, Kaki Lebih Segar & Tak Berbau Dengan Kasut Sekolah Bata Antibakteria Ni!

Dah masuk musim kembali ke sekolah. Biasanya mak ayah yang paling sibuk buat persiapan anak ke sekolah. Banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan seperti pakaian, beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Antara barang wajib ada, mesti […]

Trending Tue, 12 Mar 2019

Wanita diserang harimau bintang setelah memanjat pagar untuk swafoto

Hendak mengambil gambar pun, perlu fikir keselamatan diri juga.

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Fri, 26 Sep 2025
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

error: Content is protected !!