Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 22, 2024 @ 1:48am

2,000 Peserta Cuba Nasib Audition Calpis Soda OIAM Di KL & Shah Alam, Artis Seperti Idayu, Salma, Firman Turut Cuba Nasib

Bukan sekadar bakat baharu, uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) di Kuala Lumpur mencetus fenomena luar biasa apabila nama-nama yang cukup terkenal di industri seni tanah air turut tampil mencuba nasib.

Pada hujung minggu lalu, lokasi uji bakat di AEON Mall, Shah Alam dan Universiti Malaya dimeriahkan dengan kehadiran Idayu, Salma Asis, Zainal Alam Kadir, Raes Ariffin, Firman Hyper Act, Zaki Yamani, Ameerais, Kyra Bahar, Hariz Fayahet, Fareez Fauzi dan ramai lagi untuk mencuba meraih gelaran suara bernilai RM1 juta.

Kehadiran mereka membuktikan bahawa pentas ikonik ini masih menjadi rebutan dan tumpuan buat mereka yang ingin bersinar di persada seni muzik!

Program muzik ikonik Calpis Soda OIAM membuka peluang dengan jayanya, apabila sesi uji bakat di Kuala Lumpur minggu lalu yang berlangsung pada 16 dan 17 November 2024 menerima sambutan luar biasa!

Lebih 2,000 orang membanjiri kedua-dua lokasi untuk mencuba nasib, menjadikan acara dua hari itu sebagai pesta bakat-bakat berkumpul.

Legenda Kembali Gemparkan Pentas Calpis Soda One In A Million: Alina Hassan Buat ‘Comeback’ Bersejarah!

Momen bersejarah tercipta di pentas uji bakat Calpis Soda One In A Million apabila Alina Hassan, legenda seni suara yang kini berusia 56 tahun, membuat kejutan besar dengan kemunculan semula yang benar-benar mengejutkan!

Juara Passport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai ini tampil memukau juri dan peserta pada sesi uji bakat yang diadakan di AEON Mall Shah Alam Ahad lalu. Setelah sekian lama menyepi dari dunia seni, Alina Hassan hadir dengan semangat membara, mempersembahkan vokal luar biasa sehingga mengejutkan hampir kesemua orang yang hadir.

Dengan karisma dan penghayatan yang tiada tandingan, Alina bukan sahaja menggamit kenangan lama tetapi juga membuktikan bahawa bakat sejati tidak pernah pudar.

Penampilan beliau telah menyemarakkan lagi aura pertandingan dan memberi inspirasi kepada semua peserta untuk terus mengejar impian tanpa mengenal batas usia.

Butiran Uji Bakat Seterusnya

Uji bakat Calpis Soda One In A Million akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 & 24 November 2024. Pengunjung uji bakat Calpis Soda One In A Million bakal menikmati persembahan istimewa daripada Haqiem Rusli di Kuantan, Pahang, sementara peminat di Borneo berpeluang berhibur bersama Sufian Suhaimi di Kuching, Sarawak.


Barisan juri di Kuantan pada hari pertama akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah Ismail, manakala hari kedua menyaksikan Ara Johari berganding bahu dengan Sarah Ismail.

Di Sarawak pula, Bob Yusof dan Shaffiq Erwin bersedia mengambil alih tugas juri.

Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji Bakat  Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara  sehingga 24 November ini.

 

Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform sosial untuk maklumat terkini dan rasai keterujaan Calpis Soda One In A Million bersama Calpis Soda, minuman soda kultur kegemaran anda untuk musim ini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari laman Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Sep 2020
Featured Wed, 27 Oct 2021

Lelaki Lagi Rela Dipenjara Daripada Tinggal Bersama Isteri

Seorang lelaki yang tidak tahan tinggal bersama isterinya menyerah diri di balai polis dan meminta dipenjara bagi menjalani kehidupan yang lebih ‘tenang’. Memetik laporan daripada Wionews, lelaki yang berasal dari Albania, 30, sebelum ini diperintahkan […]

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

Saling Hangat Berbalas Kenyataan! Puteri Balqis Bertegas, Nafi Ibu Pernah Berkata Buruk Soal Janna Nick

Puteri Balqis tegaskan ibunya siang malam mencari rezeki, bukan bapa kandungnya

Trending Mon, 14 Oct 2019

Ini Penjelasan Christy Ng Mengenai Cuti Bersalin 90 Hari

So, netizen jangan tuduh melulu okay. Ada betulnya apa yang Christy Ng cuba sampaikan

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Tak Ada Istilah Iri Hati Cuma Tak Ada Chemistry” – Sheila Rusly Ulas Isu Salah faham Antara Mentua & Menantu

Sheila Rusly mengakui tidak mempunyai hubungan yang rapat atau kurang chemistry di antara dirinya dan ibu mentua.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Filem WIRA Penutup Filem Aksi Terbaik Tahun 2019!

Sejauh manakah kebenaran filem WIRA merupakan filem terbaik 2019?

Events Fri, 1 Feb 2019

Trivia Persembahan AJL Yang Dapat Sorakan Paling Kuat, Lagu Mana Jadi Pilihan Ramai?

Tak sabar nak tengok siapa dapat sorakan paling padu tahun ni! Korang dekat rumah pun boleh join sekali ok?

Featured Tue, 9 Jul 2024
Hiburan Sat, 5 May 2018

Peminat Pujuk KRU Batal Bubar, Ini Jawapan Norman…

“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi,” kata Norman.

error: Content is protected !!