Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2026 @ 12:23pm

“Tak Ada Istilah Iri Hati Cuma Tak Ada Chemistry” – Sheila Rusly Ulas Isu Salah faham Antara Mentua & Menantu

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly mengakui tidak mempunyai hubungan yang rapat atau kurang chemistry di antara dirinya dan ibu mentua.

Bagaimanapun situasi itu berlaku bukanlah disebabkan timbulnya perasaan negatif antara kedua belah pihak sebaliknya ibu anak dua itu lebih rapat dengan ayah mentuanya.

Perkara itu dikongsikan selepas rakan baiknya yang juga pelakon, Sharifah Shahora memuat naik hantaran di Threads mengenai hubungan antara mentua dan menantu yang sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat.

“Saya tak ada mertua. Saya belum ada menantu.. (anak masih belajar) cuma banyak saya baca luahan pasal hubungan ini.

“Mentua to Menantu hubungan yang boleh jadi sangat rapat, kadang-kadang mencabar juga. Tapi kenapa selalu ada salah faham antara mentua dengan menantu? Apa punca sebenarnya. Iri hati tak puas hati or busuk hati?,” soalnya.

Sedar dengan komen yang ditinggalkan rakan baiknya itu, Sheila bagaimanapun tampil berkongsi bahawa dia juga mengalami pengalaman yang hampir sama. Namun menegaskan, setiap hubungan itu berbeza jalan ceritanya.

“Salah tu.. kau ada mentua tapi dah meninggal beb.. Kau dengan mak mentua dulu okay kan?? Tak ada isu busuk hati, iri hati or tak puas hati betul?

“Lain padang lain belalang. Kalau kita okay tak bermakna yang lain pun okay.. Aku tak close dengan mak mentua, bercakap pun kurang. Lebih close dengan ayah mentua.. Tak ada istilah iri hati cuma kurang chemistry,” balasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Dec 2018

Duyung Pinggang Secekak a.k.a. Beby Maembong Dituduh Pondan, Sokong LGBT?

Beby Maembong adalah seorang wanita real, bukan pondan!

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Tajul berkahwin dengan Shamieza pada 10 Disember 2017.

Trending Tue, 30 Aug 2022

Adegan Cium Dengan Lizzy, Jay Iswazir Enggan Komen

Alamak!! Tuan badan taknak komen ye. Apa-apaPun tak sabar nak tengok Abang Long Fadil 3.

Featured Mon, 25 Aug 2025

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

Featured Mon, 3 May 2021

Majlis Tahnik Timbulkan Banyak Persoalan, Siti Nurhaliza & Datuk K Mohon Maaf

Berikutan tular majlis tahnik anak kedua mereka, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hari ini membuat permohonan maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada […]

Trending Thu, 16 Jul 2020
error: Content is protected !!