Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 5:00pm

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

“Doakan Nyamma dan Mommy nya ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat”, demikian luahan penyampai radio dan pengacara terkenal, DJ Sonic terhadap rakan baiknya, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di Threads, DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, ada yang nak kahwin tak lama lagi. Sama-sama kita doakan semua urusan mereka dipermudahkan. Fazura? Big no… tapi mana tahu kan, dengan izin Allah,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Sonic juga berharap agar peminat mendoakan pelantun lagu Luar Biasa itu dan anaknya, Nur Fatima Aisya agar dipertemukan dengan insan yang terbaik dunia dan di akhirat kelak.

“Doakan kita semua dipermudahkan urusan. Doakan Fatima dan Mommy ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat, Aamin,” jelasnya.

Mengulas lanjut, DJ Sonic turut berbangga melihat rakannya itu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang termasuklah bekerja tanpa henti untuk kebahagian Fatima.

“Selam hampir setahun ini, Faz besarkan Fatimadengan kasih sayang. Segalanya untuk Fatima.

“Faz kerja 24 jam, siang malam. Doakan jodoh Faz akan hadir juga tidak lama lagi,” kongsinya.

 

View on Threads

 

Untuk info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada November 2017 sebelum sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Thu, 9 Dec 2021

“Tragedi Cotton Bud” – Telinga Bernanah, Bunyi Letup-Letup Berpunca Dari Putik Kapas

Video seorang gadis yang mengalami sakit telinga melampau mendapat perhatian pengguna aplikasi TikTok. Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama @faridaharshad, gadis itu menjelaskan pada awalnya dia menyangka air yang keluar dari telinga adalah air […]

familuv Wed, 3 Apr 2019

Bahagia bersama Nedim, Nora Danish dedah ‘bela’ sesuatu?

Pasangan romantis ini baru meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

error: Content is protected !!