Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops April 3, 2019 @ 7:51pm

Bahagia bersama Nedim, Nora Danish dedah ‘bela’ sesuatu?

Tanggal 30 Mac lalu genap dua tahun aktres jelita Nora Danish mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nedim Nazri.

Seperti pasangan suami isteri yang lain, Nora dan Nedim turut mengharapkan mahligai yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga.

“Alhamdulillah, pejam celik sudah dua tahun kami berdua mendirikan rumah tangga. Saya bersyukur memiliki suami seperti Ned kerana dia sangat mengambil berat terhadap saya. Seperti pasangan lain, kami sebagai suami isteri juga ada pergaduhan dan perselisihan faham, itu perkara biasa.

“Bagaimanapun, kami masing-masing pernah gagal dengan perkahwinan pertama, jadi kami belajar tip yang sangat penting iaitu komunikasi dengan pasangan,” kata Nora ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi ‘Jovian x OhMostWanted’, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nora berkata, sikap kebanyakan wanita yang lebih bersikap memendam rasa menyebabkan masalah yang dihadapi tiada penyelesaian dan boleh berpanjangan.

“Bagi saya, wanita selalu pendam perasaan mereka. Perkara ini akan memakan diri jika mereka tidak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Jika disimpan terlalu lama, ia mungkin akan menjadi lebih teruk.

“Saya sendiri kalau berkecil hati dengan Nedim contohnya apabila dia kerap bermain PUBG, saya akan cakap terus dengan dia. Alhamdulillah dia terima,” kata Nora.

Seperti yang dikongsikan dalam laman media sosialnya, Nora akui, Nedim seorang yang romantis dan gemar melakukan perkara yang menyentuh hatinya sebagai seorang wanita.

“Nedim banyak buat benda yang sweet dan sering membuat kejutan kepada saya, termasuklah kejutan kecil. Kalau dahulu sewaktu bercinta dia tak bagi bunga, tapi sekarang dia seorang yang romantik,” katanya.

Hasil perkongsian hidup selama dua tahun, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamed Neyqayl yang kini berusia setahun lebih.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nora dan Nedim masing-masing mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli, 10, dan Mohamed Nedrin, 7.

Nora berkata, ramai yang menganggap Mohamed Neyqayl lebih rapat dengan Nedim, namun hakikatnya si kecil yang comel itu mudah mesra dengan sesiapa saja.

“Alhamdulillah, Nora bersyukur dan bertuah kerana mempunyai suami seperti Nedim. Dia banyak membantu menjaga anak terutamanya jika Nora ada shooting.

“Ramai yang cakap Ney Ney (panggilan untuk Mohamed Neyqayl) lebih rapat dengan suami, tapi sebenarnya dia rapat dengan semua. Nedim memang rajin muat naik gambar anak di media sosial, jadi disebabkan itu mungkin ramai yang ingat Ney Ney lebih rapat dengan ayahnya,” katanya sambil ketawa.

Ketika ditemui, Nora turut diusik sama ada dia mempunyai perancangan untuk mendapatkan adik kepada Ney Ney dalam masa terdekat.

“Tidak dinafikan, kami memang nak sangat anak perempuan tapi cuma sekarang Nora ada fibroid, jadi kena buang dulu.

“Sejak diberitahu oleh doktor Nora mempunyai fibroid, Nora masih lagi ‘membela’ fibroid. Ketika mahu melahirkan Ney Ney, doktor memaklumkan yang Nora mempunyai tiga fibroid sebesar 10 sentimeter.

“Fibriod itu membesar bersama-sama kandungan dan tak pernah dibuang lagi. Sepatutnya dah kena buat sekarang sebab doktor pun dah menghubungi saya  tanya bila nak buat. Perancangan memang tak pasti lagi bila sebab saya takut nak buang,” kongsi Nora.

Menyentuh mengenai perkembangan karier seninya, Nora memberitahu bakal muncul dengan drama 15 episod sempena Ramadan nanti. Nora turut berkongsi bakal mengeluarkan koleksi Raya jenamanya sendiri, Owl by Nora Danish tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 May 2025

“Ini Bukan Filem Budak-Budak Je” – Penuh Dengan Aksi Fight , Ejen Ali The Movie Jauh lebih Padu!

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bukan sekadar tontonan untuk kanak-kanak.

Featured Sun, 17 Mar 2024

“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Betullah tu.. nak kenang apanya? Masing-masing dah move on lagipun semuanya ada kehidupan sendiri🙄

Featured Fri, 22 Nov 2024

Sanggup Lepas ‘Job’ Beratus Ribu, Anzalna Nasir Mengaku Tak Percaya Pembantu Rumah

Anzalna memaklumkan dia tidak percaya kepada pembantu rumah walaupun kelihatan baik.

Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Featured Thu, 10 Oct 2019
Featured Thu, 1 Aug 2024
Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

error: Content is protected !!