Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2024 @ 2:07pm

Digelar Low Class & Adab Kelaut? Zarina Anjoulie Anggap Netizen Busuk Hati

Penampilan seksi pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencuri perhatian selepas dia berkongsi video pendek  memperlihatkan dirinya sedang berada di sebuah klinik kecantikan yang terletak di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini turut ditemani teman lelakinya.

“Jawline untuk my partner pula. Tak pasal-pasal kena heret sekali dengan Anju, termakan racun,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

 

Bagaimanapun, aksi ‘panas’ Anju yang dilihat baring di bahagian peha teman lelakinya itu ketika sedang mendapatkan rawatan sambil merakamkan video untuk tujuan review mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sehinggakan, ada yang berani tampil meninggalkan komen ‘kasar’ terhadap pelakon itu dengan melabel dirinya sebagai wanita ‘low class’.

Malah, ada juga yang mempersoalkan cara Anju mencari rezeki dengan melakukan video seksi untuk meneruskan kehidupan.

Sedar dirinya dikritik, Anju bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya dengan membalas komen-komen yang diberikan.

Bahkan, aktres ini turut menyifatkan tindakan negatif netizen yang mudah mengeluarkan kata-kata makian terhadapnya sebagai busuk hati.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Anju turut memuat naik hantaran terkini di Instagram miliknya memberitahu bahawa, mana-mana pihak yang ingin mengikutinya ataupun sebaliknya di platform tersebut adalah dialu-alukan untuk berbuat demikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Hiburan Wed, 27 Aug 2025

Dari Busking Kini Seorang Juara! Jom Imbas Perjalanan Pemenang #XTRAXSTAR2024! Nantikan Musim Kedua Bermula September Ini

Pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2025 Musim Kedua akan berlangsung bermula September ini

Events Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Mon, 4 May 2026

Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Shahida tidak menafikan perasaannya yang bercampur baur sehingga terfikir perkara paling buruk

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Alahai, kesian Sweet. First time jadi host kan guysss 🥹 Its okay Sweet, pengalaman mematangkan ❤️‍🔥

Events Wed, 4 Dec 2019
error: Content is protected !!