Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 4, 2023 @ 4:09pm

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Pelakon, Sweet Qismina memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya ketika mengacara program nyanyian kanak-kanak, baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Sweet menerima segala kritikan netizen dan mengakui gementar atas pengalaman baru yang dilaluinya ini.

“Apa boleh saya kata terima kasih atas teguran untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik selepas ini. Sukar untuk kita jangka apa akan berlaku ketika program siaran langsung.

“Saya minta maaf atas kesilapan tersebut dan perkara ini akan jadi pengajaran untuk saya di masa akan datang

“Jujurnya memang ada perasaan gementar di atas pentas kerana ini pengalaman baru buat saya. Cukuplah orang di situ sahaja tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku bukan saya pinta,” ujarnya.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Sweet dikatakan telah membuat tiga kesilapan di penghujung acara tersebut.

Pada awalnya, Sweet membuat kesilapan apabila menyebut nama pemenang lain bagi kategori persembahan terbaik dan pemenang juara.

Ketika mengumukan juara, Sweet yang bergandimgan bersama Azam Pitt menyebut nama Farha sebagai pemenang meskipun gelaran juara sebenar adalah milik Fateeha atau mesra disapa Kiki.

Kesilapan tersebut membuatkan Farha lantas bersujud secara spontan menyangka dirinya juara.

Perkara yang menimbulkan amarah netizen adalah apabila Sweet cuba mengawal keadaan dengan berkata ‘sengaja’ membuat gimik.


Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ada segelintir netizen yang tidak menyalahkan Sweet yang hanya menjalankan tugas itu.

Kata netizen, Sweet menerima arahan daripada pihak pengurusan program tersebut menerusi ‘ear monitor’.


Tidak hanya dikecam di ruangan komen video berkenaan, Sweet juga menerima kritikan netizen di akaun Instagram miliknya yang berharap aktres ini tidak akan menjadi pengacara lagi dan hanya memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Sweet Qismina

Bagaimanapun, jelas isteri kepada aktor Adam Lee ini, dia sudah pun meminta maaf kepada peserta-peserta usai program tersebut.

“Saya juga sudah berjumpa Farha dan Kiki secara peribadi untuk memohon maaf dan mereka menerima secara baik.

“Saya tak baca pun komen di media sosial. Cukup saya tahu bahawa saya sendiri buat silap.

“Saya akan terus serius sebagai pengacara. Kalau orang masih percaya saya akan mencuba. Jatuh 10 kali kita bangkit kali ke 11,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil Anak Pertama? – “Terlihat Ada Yang Sedang Membesar”

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 30 Jun 2019

Dijangkiti HIV Selepas Jalani Rawatan Spa ‘Vampire Facial

Rawatan Vampire secara klinikal dirujuk sebagai terapi plasma yang kaya platelet

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu

Featured Wed, 14 May 2025

Kongsi Foto Graduasi Bersama Bapa, Ketampanan Anak Aziz M Osman Curi Perhatian – “Handsome Produk Abang Aziz”

Perkongsian itu mula tular selepas Putera berkongsi foto graduasi miliknya.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 20 Feb 2025

PJJ Dengan Suami, Elizabeth Tan Hadapi Cabaran Dapatkan Zuriat

Elizabeth Tan seminggu sekali jumpa suami bagi usaha mendapatkan anak

Featured Sun, 5 Jun 2022
Trending Thu, 13 Feb 2020
error: Content is protected !!