Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 21, 2023 @ 9:11pm

Menang Anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang, Yazmin Aziz Mahu Lebih Dikenali, Siap Ada Kerjasama Dengan DJ Fuzz & Artis Eropah!

Penyanyi Yazmin Aziz meluahkan rasa bangga dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang di acara Anugerah Perniagaan Usahawan Wanita Kehormat Shanghai 2023 baru-baru ini.

Terharu dengan kemenangan tersebut, pemilik nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz itu menyifatkan pencapaian tersebut sebagai motivasi serta pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh dalam kerjayanya.

“Satu perasaan seronok yang sukar terungkap kerana semua kerja-keras saya diiktiraf. Ini cukup bermakna untuk terus fokus kepada sisi positif supaya impak karier saya lebih besar,” ujarnya.

Menurut laporan Harian Metro, pelantun lagu Lihatlah itu mendedahkan dia merasakan namanya dicalonkan untuk anugerah tersebut ekoran daripada pelbagai pencapaian yang dikecapinya sebelum ini.

Justeru, dia berjanji untuk gigih berusaha dan terus bercita-cita tinggi bagi mencapai impiannya.

“Sebenarnya saya dicalonkan untuk anugerah itu mungkin disebabkan semua pencapaian yang pernah saya raih. Ia membuatkan saya mahu terus bekerja lebih keras dan jangan mengalah,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang tempat keempat rancangan realiti Big Stage Musim Ke-4 itu berhajat agar namanya lebih dikenali dan ingin melebarkan sayap ke luar negara.

“Semestinya saya harap dapat menarik lebih ramai pengikut di media sosial. Insya Allah lebih banyak ikat kerjasama dengan pelbagai jenama, hadiri acara, dan lain-lain.

“Untuk muzik pula, semoga saya dapat lancar lebih banyak lagu lagi. Akan ada kerjasama lagi dengan DJ Fuzz dan seseorang dari Amerika Syarikat juga,” jelasnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Sep 2025

Nadzmi Adhwa Luah Rasa Simpati, Ardell Aryana Alami Masalah Kesihatan – “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air Rupanya”

Nadzmi tidak putus-putus mendoakan agar perjalanan kemanusiaan isterinya berjalan lancar.

Featured Tue, 6 May 2025

Suami Heliza Helmi Bukan Scammer, Duit RM20.7 Juta Lesap – “Kami Diberi Taklimat, Lengkap Dengan Surat Perjanjian”

Mahadi merupakan antara mangsa yang mengalami kerugian besar akibat pelaburan tersebut.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Featured Fri, 14 Nov 2025

Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik

Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman

Trending Fri, 26 Mar 2021
error: Content is protected !!