Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 11, 2024 @ 12:19pm

Showcase Di DFP Sukses, Slam Tampilkan Kelainan Berbeza

Biarpun sudah lebih tiga dekad berada dalam industri, penyanyi kumpulan Slam terbukti masih berbisa apabila berjaya meraih sorakan padu dari peminat dalam showcase yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Pertama kali membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), vokalis Slam, Zamani, 53, mengakui sedikit gementar pada awal persembahan.

Namun, segalanya berubah apabila mendapat respons padu dalam kalangan peminat yang hadir.

“Pada awalnya, saya memang ada rasa gementar sikit sebab ini merupakan kali pertama kami membuat persembahan di sini. Tapi lama-kelamaan bila dapat respons peminat, Alhamdulillah saya rasa okay.

“Lepas perform dalam dua buah lagu tu, saya rasa dah macam biasa. Mood untuk perform atas stage tu dah datang dan persembahan untuk second set memang totally all out, Alhamdulillah,” ujar Zamani.

Menampilkan perbezaan untuk persembahan kali ini, Slam turut memilih seleksi lagu yang jarang di bawa dalam persembahan mereka.

@xtra_my Replying to @jasmine Tuhan saja yang tahu perasaanku🎶 Berapa umur korang masa first time dengar lagu ni? Min teringat dulu-dulu selalu layan lagu ni😭… #fyp #xtramy #zamani #slam #mentarimuncullagi #dfpshowcaseslam #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

@xtra_my Replying to @Azeez Lee Salah satu lagu favourite min ni😝😝 Kembali Merindu🎶 siapa selalu bawak lagu ni waktu karaoke kita gang!🙌🏻… #fyp #xtramy #slam #DFPShowcaseSLAM #kembalimerindu #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan sepanjang 90 minit showcase termasuklah Buat Seorang Kekasih, Terasing Dalam Sepi, Tiada Aku Jemu dan Rayuan Di Puncak Genting nyanyian asal Alleycats.

“Kebetulan ini kali pertama kita main di sini, jadi untuk malam ini kita bawakan kelainan sikit dengan bawakan lagu-lagu yang dah lama kita tak nyanyi dan memang ada yang tak pernah kita bawakan sebelum ini.

“Tambah pula kebanyakkan lagu-lagu Slam adalah balada, jadi kita nak seimbangkan show malam ini dengan adanya lagu rancak dan fast iaitu Rayuan di Puncak Genting. Sebenarnya kita nak naikkan lagi mood penonton yang datang,” kata pemain gitar utama iaitu Shah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan vokalisnya, Zamani mengakui mengalami sedikit sengal semasa persembahan dijalankan. Namun, dia bersyukur segalanya berjalan lancar sepanjang show pada malam itu.

“Waktu persembahan itu, adalah saya rasa sakit sikit-sikit, tapi Alhamdulillah okay saja sepanjang persembahan itu.

“Sebelum show malam ini, saya ada buat check up dulu dan Alhamdulillah doktor maklumkan yang semuanya tiada masalah,” kata Zamani.

Selain Zamani dan Shah, Slam turut dianggotai oleh Eddie Ahmad selaku pemain keyboard dan pengarah muzik, Man sebagai pemain dram dan Lili sebagai pemain gitar bass.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

so, nak masuk tahun 2020 ni jangan buat spekulasi lagi okay!

Featured Thu, 4 Mar 2021
Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Mon, 30 Jun 2025

Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

Pernah Punya Aku berdasarkan POV kisah curang ibu kandung.

Trending Wed, 18 Nov 2020
error: Content is protected !!