Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2026 @ 1:53pm

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

“Dahulu saya tidak memahami maksud ungkapan ‘lindungi tenaga anda’. Sekarang saya faham. Kita tidak wajib sentiasa menggiyakan semua orang”.

Itu luahan pelakon Reen Rahim mengenai makna ketenangan hidup dan kebahagiaan yang diperoleh sepanjang kehidupannya.

Kata Reen atau nama lengkapnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan yang ikhlas dan tidak hipokrit.

“Antara pelajaran terbesar yang saya pelajari dalam hidup ialah saya tidak perlu disukai oleh semua orang. Saya cuma perlu berada di samping mereka yang menyayangi saya tanpa sebab, dan mereka yang saya sayangi kerana Allah.

“Dahulu saya tidak memahami maksud ungkapan ‘lindungi tenaga anda’. Sekarang saya faham. Kita tidak wajib sentiasa menggiyakan semua orang.

“Kita juga tidak perlu mengorbankan diri untuk semua orang. Kita cuma perlu menjaga apa yang Allah amanahkan kepada kita,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Mengulas lanjut, pelakon drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengakui, dia tidak lagi mengejar perhatian sebaliknya mengutamakan ketenangan jiwa, mental dan fizikalnya.

“Apabila kita niat kerana Allah, kita tidak rasa berkorban atau terkorban. Tidak semua yang senyum itu ikhlas. Tidak semua yang dekat itu sayang.

“Sebab itu sekarang aku lebih memilih ketenangan daripada perhatian. Kalau hati penat, mental lelah dan jiwa kosong, bagaimana kita mahu terus menjaga orang yang kita cinta,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Reen memaklumkan bahawa kebahagiaan boleh dikecapi apabila diri mula menghargai insan-insan penting dalam kehidupan selain menjalani kehidupan berlandaskan ajaran agama.

“Bahagia bukan apabila semua orang menyukai kita. Bahagia adalah apabila kita tenang menjadi diri sendiri, menjaga mereka yang benar-benar penting dalam hidup, serta menjalani kehidupan kerana Allah, bukan kerana manusia.

“Ya Allah, peliharalah hati, mental dan jiwa kami. Jauhkanlah kami daripada mereka yang berpura-pura, dan dekatkanlah kami dengan insan-insan yang ikhlas,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Mar 2018

Pengasas Toys ‘R’ Us Meninggal Dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis lalu dan berita tersebut telah disahkan oleh syarikat berkenaan.

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Al-Fatihah…Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Nubhan menjelaskan katil tersebut bagi memudahkan pergerakan ibunya untuk bangun

Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Senarai Penuh Anugerah Skrin 2018 Yang Patut Korang Tengok!

Rancakkan perbualan ASK2018 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2018!

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

“Waktu Saya Pergi, Linda Masih Setia” – Kembali Rujuk Dengan Isteri, Beego Akui Belum Cukup Matang

Tiada siapa yang sempurna kan, yang penting ada usaha nak perbaiki hubungan

error: Content is protected !!