Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 14, 2026 @ 1:30pm

“Bila Suami Tak Mampu Berikan Apa Yang Saya Mahu, Saya Mula Pandang Rendah Terhadapnya” – Reen Rahim

“Hazim Zainal diuji dengan kekurangan, manakala saya diuji dengan terlebih daripada cukup,” demikian perkongsian pelakon, Reen Rahim terhadap pengalamannya sepanjang bergelar isteri.

Kata Reen, dia pernah membiarkan perasaan ego memakan dirinya sendiri ketika lebih berjaya dari suaminya yang akhirnya mendorongnya untuk bersikap kurang ajar dan tidak hormat.

“Saya pernah berada di fasa apabila saya terasa diri lebih berjaya daripada suami sendiri. Kami berdua diuji pada awal perkahwinan. Hazim Zainal diuji dengan kekurangan, manakala saya diuji dengan terlebih daripada cukup.

“Saya ada duit. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu. Saya rasa saya boleh lakukan semuanya sendiri. Dan perlahan-lahan, saya mula hilang rasa hormat terhadap suami tanpa saya sedari.

“Cara percakapan saya menjadi kasar. Hati pula semakin keras. Apabila suami tidak mampu memberikan apa yang saya mahukan, saya mula memandangnya kecil,” katanya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Dalam hantaran sama, Reen bersyukur dengan sikap suaminya yang sentiasa sabar melayan karenahnya.

“Ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa sabarnya dia dan kuatnya doa yang dipanjatkannya. Walaupun emosi saya tidak menentu sekejap dingin, sekejap baik dan lama-kelamaan menjadi semakin ego serta keras hati, dia tetap tidak melawan.

“Dia terus menunjukkan contoh yang baik, sentiasa berlembut dan mengalah. Dia juga tetap menjaga imannya. Saya ingatkan masalah kami ketika itu ialah duit. Rupanya, masalah sebenar ialah hati saya yang belum difahamkan Allah tentang makna sebuah perkahwinan.

“Sampai satu tahap, saya penat dengan diri sendiri. Penat hidup dalam ego. Penat mahu sentiasa menang. Penat merasakan diri sentiasa betul. Dari situ saya mula berdoa agar Allah lembutkan hati saya sekiranya saya bersalah,” jelasnya.

Malah, sikap suaminya itu membuatkan dia sedar bahawa seorang isteri seharusnya menjadi penyokong terhebat kepada sosok suami untuk terus berjaya.

“Perlahan-lahan Allah mengubah cara saya memandang suami. Saya mula nampak usahanya. Saya mula nampak penat lelahnya. Saya mula belajar menghormatinya walaupun dia belum memiliki segalanya.

“Dan perkara yang paling saya tidak sangka, apabila saya berubah, suami saya juga berubah. Dia menjadi lebih kuat. Lebih yakin. Lebih berjaya.

“Hari ini saya faham, kadang-kadang seorang lelaki tidak memerlukan perempuan yang sentiasa mendesaknya untuk menjadi hebat. Dia cuma memerlukan seorang isteri yang percaya bahawa dirinya mampu menjadi hebat,” jelasnya.

Untuk info, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022. Bagaimanapun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2026

Fatin Afeefa Tak Kisah Tak Sertai ‘Group’ Keluarga Suami – “Kalau Saya Ada Pun, Tak Ada Manfaat”

Fatin Afeefa menganggap isu tidak dimasukkan ke dalam kumpulan keluarga pihak suami terutamanya di media sosial sebagai perkara normal.

Featured Thu, 1 Dec 2022

Tular Video Nampak ‘Baby Bump’, Fasha Tepis Dakwaan Hamil – “What? Bodyshaming”

Alahai sian sis Fasha kitaaa 😢😢 Apapun ramai cakap Fasha iras selebriti Bollywood Kareena Kapoor 🤩 Ini min setuju!

Featured Tue, 2 Sep 2025

Kael Dedah Pernah Hidup ‘Terbuang’, Ibu Alami Masalah Mental & Sempat Tinggal Di Rumah Tumpangan

Kael gagal tahan sebak mengimbau kembali perjalan hidupnya sebelum bergelar anak seni.

Featured Tue, 5 Apr 2022

Guru Tahfiz R*gol 13 Pelajar Dihukum Mati, Lapan Daripada Mangsa Disahkan Hamil

13 Pelajar dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 16 tahun.. Allahuakbar, kesiannya..

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!