Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 3, 2023 @ 6:22pm

“Kalau Nampak Berdua, Itulah Orangnya” – Akui Sedang Bahagia, Fizi Ali Dedah Teman Wanita?

Penyampai radio, Fizi Ali mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita sejak enam bulan lalu.

Memetik laporan mStar, Fizi akui sedang dalam proses perkenalan serius bersama wanita yang berumur 29 tahun tersebut, namun dia masih merahsiakan identiti wanita itu.

“Sekarang ini dalam proses perkenalan serius. Boleh kata dia adalah wanita istimewa.

“Dia ada perniagaan sendiri dan kami kenal sejak enam bulan lalu bermula dari sekadar kawan-kawan sahaja. Kalau ada yang nampak kami keluar berdua itulah orangnya,” jelasnya kepada mStar.

Walaubagaimanapun, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, berkata soal berumah tangga semula dia hanya berserah kepada Allah.

“Jodoh itu semuanya kerja Tuhan. Kalau jodoh berpanjangan saya terima.

“Lelaki dan wanita perlukan pasangan dalam hidup. Bukan hanya keluarga dan orang keliling, kena ada seseorang untuk kongsi perasaan,” luah Fizi.

Bukan itu sahaja, Fizi memaklumkan dia telah memperingatkan kekasihnya itu tentang cabaran bercinta dengannya yang bergelar selebriti dan statusnya duda beranak satu.

“Saya dah beritahu dia kena kuat. Nanti macam-macam orang akan cakap. Mungkin ada yang belum move on dengan kisah lama.

“Dia okay sahaja dan sedia berhadapan dengan semua itu,” kongsi Fizi lagi.

Terdahulu, Fizi Ali pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 tetapi telah bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Ameena Sofia, 3.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Mar 2020

Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Hafiz Suip!

Tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang kedua ini!

Trending Wed, 10 Jul 2019

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan

Menurut Ameera, bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

Trending Mon, 8 Oct 2018

When to Use Hot Pack and Cold Pack on Injuries

There are some extra tips too!

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

黄明志1231迎来首场万人演唱会!与歌迷倒数跨年

黄明志12月31日将与歌迷倒数跨年,《4896》巡演将登上万人体育馆!

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Adira Suhaimi Tepis Dakwaan Tinggal Sebumbung Dengan Datuk Red

Aiyo takkanlah Adira nak buat macam tu…

Trending Fri, 6 Nov 2020
LIFESTYLE Fri, 10 Aug 2018

3 Makanan Karbo Elak Untuk Makan Malam

Makanan karbohidrat memang perlu dielakkan jika anda diet tetapi itu tidak bermaksud tidak boleh diambil langsung

error: Content is protected !!