Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain November 28, 2023 @ 1:40pm

Giliran Abang Tesla Ulas Isu Alif Teega, Sempat Titip Pesanan Pada Kaum Wanita – “Hati-Hatilah, Check Phone Pasangan”

Pempengaruh kontroversi Abang Tesla tampil bersuara memberikan ulasannya susulan isu hangat mengenai Alif Teega berkahwin untuk kali kedua bersama wanita yang bernama, Fatin Umaidah.

Umum mengetahui, sebelum ini Abang Tesla turut menerima cemuhan hebat dalam kalangan warganet selepas berkongsi momen dirinya meminta izin daripada isterinya untuk berkahwin lain.

Terpanggil untuk mengulas isu ini, Abang Tesla mengakui dirinya pernah melalui fasa dicemuh netizen dengan teruk.

Namun, pempengaruh itu menasihatkan agar setiap individu perlu mendoakan yang baik-baik memandangkan tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

“Isu ni dulu saya pun kena teruk gila. Jadi, pada sayalah kepada wanita-wanita ataupun lelaki, seeloknya doa je yang baik-baik.

“Sebab bila baca komen, ramai yang komen seolah-olah terlalu perfect, takda dosa, macam kebahagiaan rumah tangga mereka tu sempurna gila.

“Jadi kepada anda semua, saya nasihatkan doa je yang baik-baik sebab kita tak tahu benda ni bila-bila masa je akan berlaku,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Abang Tesla menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pempengaruh itu juga sempat menitipkan pesanan kepada para wanita supaya kekal berhati-hati dengan pasangan meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

Malah, dia juga berpesan kepada kaum lelaki yang berkahwin ramai supaya kekal menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Ini saya nak tolong perempuan pula, kepada wanita-wanita jangan rasa lelaki tu baik depan awak tapi dia tak ada yang lain sebab saya ramai je kawan-kawan yang macam tu.

“Awak semua kena hati-hatilah. Check telefon pasangan,  tengok lokasi dia kat mana, video call kalau tak percaya dia outstation. Check phone tu lah paling penting.

“Kadang-kadang cakap lebih-lebih ni nanti suami dia ke laut ke mana. Jadi, kepada lelaki jangan rasa terpaling baik, terpaling bagus. Tapi istiqamah sama-sama.

“Yang mana dah melalui fasa itu, kena bertanggungjawab elok-elok. Jangan saling salahkan orang lain, salahkan pasangan. Itu sahaja, saya doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Dimadukan Ketika Hamil… Luah Rasa Simpati, Ini Ulasan Michael Ang – “Urgent Sangat Ke Kena Kahwin Segera!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang Selesa Nama Dikaitkan Dengan Alif Teega, Alif Satar Segan Pujian Datang Daripada Benda Negatif – “Saya Pun Tak Tahu Pengakhiran Macam Mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini – “Kalau Berani Curang, Ada Tel*r Datang Tunjuk!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

“Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak

Nak uruskan anak-anak yang meningkat remaja memang susah, semoga berbahagia Ina dan pasangan ❤️💍

Featured Mon, 6 Nov 2023
Trending Tue, 2 Jan 2018

男性专用《美少女战士》制服:配件齐全

Cosplay制服或许你觉得很常见,但日本最近推出了一款针对男性的《美少女战士》COS服,一圆每个人都想要变身的梦想!而且推出的COS服可说是一应俱全,从服装、手套、头带、项链、颈圈到头绳都有。

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Kolaborasi Pertama Hazwani Helmi & Siqma, Lagu Wahana Suntik Mesej Kemanusiaan 

Fuhh, mendalam maksud lagu ni 😢 Melodi, lirik, semua perfect 😌😘

error: Content is protected !!