Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom December 3, 2018 @ 11:00am

Duyung Pinggang Secekak a.k.a. Beby Maembong Dituduh Pondan, Sokong LGBT?

Panasnya la hai kisah Duyung Secekak yang tular baru-baru ini.

Selepas impiannya menjadi mermaid menjadi perhatian akhbar Metro Ahad pada 25 November yang lalu, status jantina wanita dikenali sebagai Beby Maembong itu, menjadi pertikaian netizen yang menuduhnya pondan.

 

Foto: Azrul Rafie

Walhal, Beby Maembong yang juga kakak kepada seorang aktres popular, sudah pun menjelaskan statusnya sebagai ibu beranak empat.

Malah ada antara netizen yang mengecam pengusaha bengkung Slimdollz itu di ruangan komen Instagram milikinya iaitu @beby_maembong kerana menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Foto: Instagram Beby Maembong

“Entahlah saya pun tak faham apa masalah netizen ini. Dari dulu lagi mereka tidak percayakan yang saya ini seorang wanita.

“Bukan sekadar wanita tapi isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Anak kandung ya bukan anak angkat!

“Tak tahulah tang mana yang dikatakan pondan? Nak kata ada halkum, sila periksa, memang tak ada!

“Adakah kerana sebahagian sahabat saya adalah golongan lelaki lembut sehinggakan mereka tidak boleh membezakan bahawa saya ini wanita?” ujar Beby.

Foto: Instagram Beby Maembong

Ditanya, apakah kebarangkalian penampilan dramatiknya sebagai duyung membuatkan netizen keliru status jantinanya, Beby Maembong atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail, 29, berkata, solekan sebegitu hanya dilakukan untuk tujuan fotografi saja.

“Bersolek tebal adalah perkara biasa lebih-lebih untuk tujuan fotografi atau penggambaran. Bagaimanapun penampilan seharian saya rasanya tidaklah mengenakan solekan yang keterlaluan.

“Kadang bila orang perempuan cuba menjaga penampilan wajah dan tubuh badan mereka, ada pula yang menganggap pondan, kononnya terlalu sempurna, atau erti kata lain, bikin body!

Foto: Instagram Beby Maembong

“Saya maafkan mereka (netizen) semua. Biar sejuta kali pun saya membuat penafian bahawa saya bukan pondan, tapi kalau negativity sudah tertanam di minda mereka, begitulah tanggapan mereka selamanya. Jadi biarkanlah!” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Sentuhan & Rasa Seorang Vidi Aldiano Sentiasa Saya Kenang Sampai Bila-Bila” – Isyana Sarasvati

Akuinya, dia sangat mengagumi sisi peribadi Vidi selain menganggap penyanyi itu sebagai seorang yang banyak memberikan inspirasi terhadap dirinya.

Trending Sat, 15 Jun 2019

哭真的能减重!且还有这些超神好处

「男儿有泪不轻弹」?错!您知道吗,科学家发现「泪水」不仅能帮助减重,挑对时间大哭还能事半功倍。

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Mon, 12 Jul 2021

Jenazah Benjy Dikebumikan Di Medan

Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma Difahamkan, […]

Featured Tue, 24 Dec 2024

Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Beyonce Knowles juga dikhabarakan pernah diundang mengadakan private concert dengan bayaran paling mahal dalam sejarah.

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

Fazura seorang isteri yang baik kepada Fattah Amin, semoga perkahwinan mereka baik-baik saja

error: Content is protected !!