Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 26, 2025 @ 7:23pm

Terima Kritikan Melampau, Shukri Yahaya Tolak Watak ‘Red Flag’… Bimbang Netizen Terlalu Terbawa Emosi

Pelakon terkenal, Shukri Yahaya, mendedahkan bahawa buat masa ini, dia memilih untuk menolak tawaran membawa watak lelaki ‘red flag’ dalam drama.

Meskipun sudah terbiasa dengan kecaman, Shukri atau nama penuhnya, Mohd Shukri Yahaya, 37, mengakui keputusan itu dibuat selepas kritikan netizen terhadap lakonannya sebelum ini dirasakan melampaui batas.

“Saya sudah lali dengan kecaman. Ada yang maki, hantar mesej panjang berjela, malah ada juga yang melabel saya dengan stereotaip tertentu. Tapi saya tak anggap itu sebagai sesuatu yang berat.

“Saya dah berbincang dengan pihak televisyen dan meminta mereka tawarkan saya drama yang lebih tenang.

“Kalau boleh, biarlah watak yang lebih ‘green flag’. Saya bimbang jika terus bawa watak toksik, orang akan terbawa-bawa dan terus mengecam,” katanya.

Menurut Shukri, perkara itu bukan sesuatu yang asing kerana sebelum ini pun ada penonton yang benar-benar percaya dia memiliki keperibadian sama seperti watak yang dilakonkan.

“Setiap kali selesai satu drama, saya akan ubah gaya rambut kembali seperti biasa. Tapi masih ada netizen yang kata, ‘ingatkan tadi itu betul-betul perangai sebenar, rupanya hanya berlakon’.

“Sampai ke tahap itu sekali impaknya. Sebab itu saya mahu berehat seketika daripada watak-watak sebegini,” jelasnya.

Shukri berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran drama *Bru* di Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku ini turut menegaskan agar netizen tidak mengheret keluarganya dalam sebarang kecaman.

“Saya tak kisah kalau orang nak kecam saya, itu sudah lumrah sebagai pelakon. Tapi jangan libatkan keluarga saya. Cukup setakat saya sahaja,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Akhirnya Aidil Aziz Terima Fasha Sandha

Kenyataan mengenai perhubungan antara Aidil dan Fasha mula terlerai apabila sebelum ini Fasha turut mengakui bahawa Aidil merupakan lelaki paling rapat dalam hidupnya

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

error: Content is protected !!