Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 28, 2020 @ 5:18pm

‘Mampu Ke Nak Bayar RM 100,000?’-PDRM Beri Amaran Keras Buat Individu Yang Sebar Berita Palsu Mengenai Coronavirus

Susulan penularan  Coronavirus yang kini menjad isu semasa dunia maka tidak hairanlah sekiranya ramai pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai isu ini.

Terbaru, pihak KKM telah mengeluarkan amaran kepada mana-mana pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan sebarang berita palsu mengenai novel Coronavirus. 

Menerusi KKM Putrajaya, Pihak PDRM bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia akan mengambil tindakan tegas buat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu ini.

Penyebar berita palsu akan dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda maksimum sebanyak RM 100,000

Kepada korang semua, sekiranya korang menerima sebanrang maklumat atau berita mengenai Coronavirus ni korang siasat la secara terperinci dulu sebelum berkongsi di mana-mana laman platform di media sosial

Sebelum tekan butang ‘kongsi’ tu, pastikan korang share berita yang sahih ye. Yang penting, ‘beringat-ingat sebelum terkena dan merana dalam penjara!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jan 2025
Featured Fri, 13 Mar 2026

“Sayang Jangan Sampai Hanyut, Benci Jangan Sampai Melarat” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana berkongsi pesanan ringkas mengenai perasaan sayang dan benci menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya.

Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 22 Jul 2025
Trending Thu, 6 Feb 2020
Featured Mon, 5 Feb 2024
error: Content is protected !!