Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2026 @ 1:03pm

“Sentuhan & Rasa Seorang Vidi Aldiano Sentiasa Saya Kenang Sampai Bila-Bila” – Isyana Sarasvati

“Saya sangat bersyukur kerana album Eklektiko ini begitu peribadi buat saya”.

Demikian respons penyanyi dan komposer, Isyana Sarasvati mengenai album terbaharunya, Eklektiko yang sempat mendapat sentuhan daripada rakan baiknya, Allahyarham Vidi Aldiano.

Kata Isyana, selain mempunyai nilai sentimental, album ini juga adalah sebuah naskhah peribadi yang menggambarkan fasa-fasa dalam hidupnya.

“Vidi Aldiano merupakan salah seorang sahabat terbaik saya. Saya berasa sangat bersyukur kerana album Eklektiko yang begitu peribadi buat saya turut mempunyai sentuhan dan rasa daripada seorang Vidi Aldiano.

“Saya akan sentiasa mengenang kolaborasi ini. Lagu Frenemy tersebut kami hasilkan bersama pada tahun 2024 dan saya berharap karya ini akan terus hidup serta dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Isyana berkongsi perkara demikian ketika sesi sidang media konsertnya, Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Akuinya, dia sangat mengagumi sisi peribadi Vidi selain menganggap penyanyi itu sebagai seorang yang banyak memberikan inspirasi terhadap dirinya.

“Vidi sentiasa mempunyai semangat yang sangat besar. Dia tidak pernah menunjukkan kelemahan atau kesukarannya kepada orang lain.

“Kami semua sangat menghargai sikap positifnya, semangat juangnya dan minat yang luar biasa terhadap kehidupan serta muzik. Perkara itu benar-benar memberi inspirasi kepada saya,” kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai konsert jelajah Asia nya pula, pelantun lagu Tetap Dalam Jiwa itu menjelaskan, konsert Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 17 Julai ini merupakan antara destinasi yang cukup istimewa buat dirinya secara peribadi.

“Kami sebenarnya sudah merancangnya sudah lama. Pada tahun 2024 saya mengadakan konsert sedekad perjalanan seni, manakala tahun 2025 pula fokus menyiapkan album Eklektiko.

“Jadi saya merasakan tahun 2026 adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan semula muzik saya kepada peminat,” jelasnya.

Tambahnya, konsert itu nanti bukan sekadar menampilkan lagu-lagu daripada album Eklektiko, malah turut membawakan karya daripada album pertama hingga kelimanya.

“Saya akan menyanyikan lagu-lagu daripada semua album saya, bukan hanya Eklektiko,” tambahnya.

Untuk info, selepas Kuala Lumpur konsert Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu akan meneruskan siri jelajahnya ke beberapa lagi buah negara iaitu, Korea Selatan, Jepun, Manila dan Taiwan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Syarikat Nur Nilam HQ 100 peratus milik isteri Azlan Komeng

Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Mon, 4 May 2026

Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Shahida tidak menafikan perasaannya yang bercampur baur sehingga terfikir perkara paling buruk

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah. Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000. “Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana […]

Hiburan Mon, 20 May 2024

Bapa Fazren Rafi Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Fazren

Trending Wed, 25 Apr 2018

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter. Bertuah awak dik, gunakan peluang sebaik mungkin ok!

Trending Thu, 30 Aug 2018

Penangan Sushi Korea, Tangan Warga Emas Kudung?

Selepas menahan sakit selama 25 hari, pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
error: Content is protected !!