Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2024 @ 1:49pm

Dakwaan Syarikat, Produk ‘Tunggang’ Isu Peribadi… Fattah Amin Bidas Komen Netizen – “Saya Cari Rezeki Yang Halal”

Pelakon popular, Fattah Amin menyelar dakwaan segelintir netizen apabila ada yang mengaitkan tawaran untuk menjadikannya sebagai ‘wajah’ produk atau syarikat sebagai menunggang isu peribadinya.

Kata Fattah ketika ditemui XTRA, istilah tunggang atau tidak sepatutnya tidak timbul memandangkan dia hanya mencari rezeki yang halal.

Dan, rezeki halal itu datang disaaat isu rumah tangganya sedang hangat diperkatakan.

“Saya pun tak boleh nak komen isu menunggang ni, cuma saya rasa saya mencari rezeki yang halal of course dan mereka ni datang pada saat masa ni.

“Mereka rasa kalau mereka ambil saya, produk mereka tu boleh terjual. Dan benda tu ada proof (result) itu yang penting. Bukan istilah tunggang atau tak tunggang.

“Maksudnya, bila mereka ambil saya dan saya promote produk mereka dan produk mereka terjual, itulah sebenarnya kita nak fokus.

“Saya lebih fokuskan tanggung jawab dilantik sebagai selebriti dan wajah produk,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

 

Ketika disoal mengenai bayaran mahal dan nilai eksklusivitinya kini, teraju utama filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini menjelaskan, kunci utamanya adalah disebabkan kekangan masa.

Ini kerana, dia terpaksa memilih beberapa tuntutan kerja memandangkan ramadan dan sambutan Hari Raya semakin dekat.

“Saya rasa masa adalah  yang paling crucial. Sekarang ni sebab kita pilih and then memandangkan nak dekat puasa semua pun nak kejar dan lock dalam masa terdekat.

“Dari segi pembayaran tu saya tak boleh nak komen. Alhamdulillah, itu rezeki. Dan bila saya dapat rezeki pun, kita berkongsi rezeki bukannya ia milik saya sendiri,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by USANITA SDN. BHD. (@usanita.hq)

 

Fattah berkongsi mengenai perkara itu usai majlis perasmian Usanita Entertainment yang diadakan di Restoran De’Wan Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan terkini, Fattah dan pelakon jelita, Sophia Albarakbah dilantik menjadi wajah bagi syarikat Usanita Entertainment sekaligus terlibat dalam drama bersiri arahan pengarah dan aktres popular, Erma Fatima berjudul, Aku Cinta Dia.

Drama bersiri 30 episod itu akan menjalankan penggambaran di London sempena kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0 Oxford pada Februari 2025.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, program itu bertujuan menggalakkan perbincangan mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial.

Selain, menjadi bukti kesungguhan pihak Usanita dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.

“Penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan kami menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.

“Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global,”ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2019
Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

KHAI BAHAR PUAS JADI ‘VAMPIRE’ ?

Jelasnya, membawa lagu “Bayang” ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Patrick Anohada amat berat bukan kerana stress atau susah tetapi untuk menjiwai lagu tersebut mengikut konsep ala ala vampire yang dipersembahkannya.

Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Featured Thu, 10 Jul 2025
error: Content is protected !!