Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 12, 2018 @ 1:17pm

KHAI BAHAR PUAS JADI ‘VAMPIRE’ ?

Khai Bahar, 24,  akui ada kelemahan dalam persembahannya membawakan lagu “Bayang” di pentas Anugerah Juara Lagu ke 32 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam semalam.

Pun begitu, beliau bersyukur dinobatkan sebagai Penyanyi Pilihan Samsung dengan membawa pulang  sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8+ berserta trofi.

“Khai sudah buat yang terbaik dan daripada penilian juri terbukti ada kekurangan Khai di mana-mana,” ujar Khai berhubung kekalahannya menduduki tempat teratas  AJL32 yang dimiliki rakan penyanyi seangkatannya, Hael Husaini mahu pun Haqeim Rusli.

 “Khai tidak tahu apa kelemahan yang juri dapat melihat pada persembahan Khai,” tambah penyanyi yang mula dikenali melalui aplikasi smule ini”.

Jelasnya, membawa lagu Bayang ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Patrick Anohada amat berat bukan kerana stress atau susah tetapi untuk menjiwai lagu tersebut mengikut konsep ala ala vampire yang dipersembahkannya.

“Khai puas hati kerana konsep terbakar dengan imej ala-ala vampire yang direalisasikan di atas pentas menjadi bahkan penonton pun seronok serta bersorak,” tambah pemilik nama penuh Muhammad Khairul Baharuddin ini tenang.

Namun berkali-kali  Khai  memberitahu, dia akur dengan keputusan pihak juri yang lebih arif menilai di mana letak kelemahannya membawa lagu tersebut.

Menyentuh kos konsep  perbelanjaan, kata Khai “Biarlah itu menjadi rahsia,” sambil berharap ada rezeki lagi buatnya tahun hadapan.

Well, tahniah buat Khai Bahar kerana persembahannya juga cukup baik pada malam AJL32! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Mar 2025
Featured Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Thu, 12 Mar 2026

A Aida Kongsi Detik Tiada Harapan Di ICU, Soalan Anak Buat Hati ‘Tersentap’ Hingga Nekad Bertudung

A Aida menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT sebagai satu keajaiban

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Mon, 29 May 2023

Sebaknya! Gelagat Anak Bongsu Shuk Sahar Enggan Berpisah Buat Ramai Tersentuh

Alahaiiii, anak mana yang tak sebak kalau berpisah dengan ayah dia🥲

error: Content is protected !!