Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Padin October 25, 2020 @ 4:40pm

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia kembali dengan musim ke-2!

Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod dan turut boleh distrim live HD di www.tonton.com.my

Kak Lina Pom Pom Sebagai Hos!

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh, LCK2 bakal menampilkan peserta yang sangat sesuai untuk disatukan dan dipertemukan melalui pilihan lagu yang sesuai dengan personaliti mereka.

“Dalam usaha memangkinkan kisah cinta melalui lagu, kita juga menjemput ramai selebriti tempatan untuk mengambil tempat sebagai panelis cinta secara langsung di TV3.

“Saya pasti rancangan ini akan berjaya menjodohkan lagu dan cinta di antara dua insan. LCK2 dihoskan oleh Elly Mazlein yang akan digandingkan dengan pasangan hos yang berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali sehingga beliau menemui pasangan sejolinya,” kata Khairul.

Program ini mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap dan beliau bakal bersama-sama dengan gandingan baharunya, Mas Idayu. Mereka berdua akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod.

Selain itu, LCK2 juga akan menampilkan selebriti popular yang berlainan pada setiap episod. Beliau akan menggalas tugas sebagai panelis cinta untuk memberi komen tentang keserasian dan berkongsi kisah cinta romantis sendiri dengan pasangan berduet.

Lebih menarik lagi, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini.

LCK2 menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Seperti musim lalu, para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas.

Audition atas talian!

Pencarian peserta musim kedua telah berlangsung secara atas talian pada 1 hingga 15 Oktober. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian.

Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita2. Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka.

Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka.

Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.

Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas LCK2.

Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.

Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan.

‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60-an hingga 90-an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.

Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir.

Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara LCK2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.

Jangan lupa saksikan!

LCK2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi.

Jangan lupa saksikan LCK2 yang bakal menemui penonton TV3 secara siaran langsung bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Hiburan Fri, 18 Oct 2024

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Wahhh, bestnyaaaa. Murah rezeki Shuib tambah nafkah isteri

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Events Thu, 3 Aug 2023

Kejamnya! Bayi 40 Hari Dihempas Ke Lantai & Kakak Mangsa Dicampak Dari Tingkat 1 Oleh Bapa Saudara

Seorang bayi berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala akibat dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya. Manakala, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai kakak kepada bayi berkenaan turut mengalami kecederaan parah dimulut dan kaki […]

Kes Mahkamah Mon, 19 Feb 2024

Atas Dakwaan Berkhalwat, Buruh Binaan Jadi Pesalah Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Pesalah khalwat yang merupakan seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama di Terengganu dikenakan hukuman empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.

error: Content is protected !!