Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari February 19, 2024 @ 9:41pm

Atas Dakwaan Berkhalwat, Buruh Binaan Jadi Pesalah Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Pesalah khalwat yang merupakan seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama di Terengganu dikenakan hukuman empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42 juga dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Hamidi Shafie selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002 kerana berkhalwat.

Lagi, hukuman sebat pula dikenakan ekoran ia merupakan kesalahan kedua tertuduh dan bakal berlangsung di penjara selepas tamat tempoh rayuan.

Tertuduh juga telah dihantar ke penjara kerana gagal menjelaskan denda.

Perbicaraan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Muhamad Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Terdahulu, tertuduh pernah didenda sebanyak RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah bagi dakwaan khalwat pada 11 Julai 2023.

Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat untuk kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang mula berkuatkuasa sejak 1 Januari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Affendi dituduh melakukan khalwat bersama seorang wanita berumur lingkungan 30-an di sebuah premis kosong di Kemaman pada 25 Januari lalu di antara jam 1.10 pagi hingga 2.15 pagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jan 2026

Sah Cerai Talak Satu, Kamal Adli Akui ‘Hancur’?

mengakui perpisahan itu memberi kesan besar terhadap emosinya apabila dia seakan-akan meluahkan rasa hatinya dengan menulis kapsyen ringkas di Instagram miliknya dengan perkataan, Hancur.

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Selebriti Fri, 15 Sep 2023

Ibu Adi Putra Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Adi Putra sekeluarga.

Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga

Sharifah Sakinah sahkan dah kahwin kali ketiga pada minggu lalu

Trending Thu, 23 Jan 2020

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Empat Kenderaan Direman

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah yang membuat kekacauan di sebuah kedai dan melanggar empat kenderaan termasuk sebuah motosikal semalam, ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Port Dickson […]

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini” – 3 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai

Penyampai radio Fizi Ali mengumumkan dia dan isteri, pelakon Shakilla Khoriri berpisah dan membawa haluan masing-masing. Fizi mendedahkan berita ini menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya. “Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa […]

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
error: Content is protected !!