Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2025 @ 4:17pm

Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga

Pelakon, Sharifah Sakinah mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, majlis pernikahannya itu difahamkan berlangsung di ibu kota secara tertutup, selain hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan artis.

Namun begitu, Sharifah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tampil memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suami barunya itu.

“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya

Terdahulu, Sakinah didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya, minggu lalu.

Dalam majlis akad nikah itu, pelakon juga adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini tampil menawan dengan mengenakan busana serba putih dengan tema putih keemasan yang dipilih.

Spekulasi mengenai perkahwinan Sakinah mula timbul apabila dia didakwa sudah bernikah dengan seorang jejaka misteri minggu lalu.

Harian Metro turut melaporkan pada majlis pernikahan itu, Sakinah tampil anggun mengenakan busana serba putih bertemakan putih keemasan, menyerlahkan kejelitaan dan aura istimewanya pada hari bahagia.

Sebagai rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha, pada 2015 sebelum mereka berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Malah, Sakinah pernah berkahwin buat kali kedua bersama jejaka berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021, namun bercerai pada penghujung 2023, namun mereka tidak dikurniakan zuriat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Mon, 28 Apr 2025

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Trending Fri, 19 Feb 2021

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Tak sabar pula min nak dengar lagu ni mesti best!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Events Tue, 5 Mar 2019

Siri Jelajah DFKL Pertama Raih Sambutan Hangat

Siri DFKL 2019 turut memperkenalkan platform baru menerusi Sesi Pencarian Influencer khusus untuk mengasah bakat baru yang ada pada generasi muda.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

‘Saya Pantas Orangnya…’-Delilah Kadir Tolak Muzik Jiwang

Jarang sekali kita dengar wanita gemarkan muzik begini. Jom support single Anti Cinta nyanyian Delilah di Hot FM & Kool FM!

error: Content is protected !!