Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2025 @ 3:30pm

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

‘Chemistry’ antara pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Amira Othman nampaknya semakin menyorot perhatian ramai apatah lagi sebuah momen manis melibatkan ibu kepada aktor kacak itu baru-baru ini tular di media sosial.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok, kelihatan ibu Fattah, Azizah Abdul Ghani, memegang tangan Amira dengan penuh mesra ketika mereka hadir bersama pada acara Rumah Terbuka aktor itu yang diadakan pada, Ahad.

Reaksi spontan itu bagaimanapun mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya teruja melihat tindakan Azizah yang tidak lekang memegang tangan Amira sambil memperkenalkannya kepada ahli keluarga yang hadir.

Malah, ramai yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘greenlight’ seolah-olah merestui hubungan anaknya dengan pelantun lagu ‘Hati-Hati’ itu.

@rissaskin_hq Replying to @jetli Dah cukup vitamin eh malam ni? Maam nak p massage lenguh sangat tangan ni demi semua 😘🫶🏻 Tidur lena ek esok nak shopping Rissa Skin #rissaskin #intensivenightcreamrissaskin #rissaskinxfattahamin #rissaskinxamiraothman #fattmira ♬ original sound – Rissaskin

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Tidak habis disitu, sejak kebelakangan ini, Fattah dan Amira kerap dilihat hadir bersama di beberapa acara sehingga mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka  lebih daripada sekadar kawan biasa.

Namun, kedua-dua selebriti ini memilih untuk kekal profesional dan enggan terlalu mengulas lanjut mengenai gosip yang tular.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Hiburan Sat, 28 Sep 2019
Featured Sun, 19 Mar 2023
Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Noor Nabila Kongsi Rawatan Kecantikan Wajah Melebihi RM140,000 Setahun -“Zero Makeup, All Glow!”

Noor Nabila jalani rawatan kecantikan wajah cecah lebih RM140,000?

error: Content is protected !!