Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 19, 2021 @ 11:45am

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Selepas kejayaan lagu 7 Nasihat yang didendangkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, komposer dan penyanyi rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta ini menampilkan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah pula menerusi lagu Neraca yang dilancarkan pada 19 Februari.

Hasil kerja dan kualiti yang ditonjolkan dalam setiap karya membuatkan jenama duo rapper ini semakin kukuh dalam industri. Malah, jika dilihat pada lagu ciptaan mereka sebelumnya berjudul, Zuhud kolaborasi bersama Datuk M Nasir ternyata mewujudkan magis tersendiri.

Neraca bakal cetuskan fenomena

 

Menurut Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin, sentuhan kedua mereka ini bakal mencetuskan fenomena baharu dalam industri muzik tempatan lebih-lebih dengan gandingan Datuk Jamal Abdillah dalam lagu tersebut.

“Awalnya, muzik lain. Tapi, selepas Dato’ Jamal memberikan persetujuan kami terus tukar dan masukkan elemen ghazal. Kami berasakan muzik tradisional ini tidak boleh dilupakan oleh generasi baharu walaupun ia dipersembahkan dalam versi moden. Kalau peminat lama mendengar lagu ini pun, mereka tetap akan mengenali muzik ini.

Malah, pasangan duo ini juga memaklumkan mereka masih mengekalkan genre hip hop dengan gabungan muzik ghazal dan reggae dalam lagu Neraca yang sebenarnya sudah dihasilkan sejak 2018 lagi.

Mesej dalam Neraca adalah kesinambungan lagu Zuhud

Berkongsi mengenai lagu itu, Neraca boleh dikatakan kesinambungan daripada lagu Zuhud yang dilancarkan pada Disember 2019.

“ Bagi kami, lagu NERACA ini adalah kesinambungan mesej lagu Zuhud. Jadi dalam lagu ini ia merangkumi keseluruhan dan seimbangkan mengenai kehidupan yang berlaku sekarang. Apatah lagi dalam zaman media sosial, gejala sosial semakin menjadi-jadi.
Dalam lirik lagu ini kami menyentuh soal Ketuhanan. Cuma apa boleh dikatakan, muzik lagu ini berat dari Zuhud. Apa pun ikut selera pendengar juga. Mungkin ada yang suka dan sebaliknya,”katanya.

Lagu Neraca akan dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula 19 Februari. Pada hari yang sama, turut ditayangkan video muzik rasmi lagu Neraca di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025

“Cari Hak Di Mahkamah, Bukan Merentan Di IG”- Tuduhan Lepas Tanggungjawab, Fizi Ali Tegur Shakilla Khoriri

Fizi meminta bekas isterinya itu untuk tidak terus ‘merentan’ di sosial media

Trending Wed, 23 Aug 2023

Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia mendakwa telah dihina dan dilayan dengan buruk oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza. Menerusi perkongsian panjang di TikTok miliknya, Sofia turut digelar […]

Featured Wed, 25 Sep 2024
Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Keakraban Nourul Depp Dengan Bapa & Mak Mertua Curi Perhatian Ramai – “Mesra Sangat!”

Bestnyaa bersantai luangkan masa bersama keluarga tersayang! Cantik rumah Nourul di Bali 🤩🤩

Featured Fri, 16 May 2025
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Featured Wed, 6 Sep 2023

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Selebriti Thu, 21 Sep 2023
error: Content is protected !!