Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi April 3, 2024 @ 5:19pm

Enggan Buka Aib Keluarga, Kakak Safee Sali Tegaskan Fitria Elfina Bukan Penyondol Perkahwinan Pertama – “Dia Tak Kena Kifarah”

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan bekas isteri pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali iaitu Fitria Elfina menerima kifarah kerana menjadi perosak rumah tangga isteri pertama Safee.

Memetik laporan Harian Metro, kakak Safee iaitu Normalayati Mohd Sali tampil menafikan dakwaan terhadap Fitria itu.

Jelasnya, dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi namun memolih untuk tidak membuka kisah lama demi menjaga aib keluarga.

“Saya juga nak betulkan apa yang salah dan orang yang tuduh adik ipar (Fitria Elfina) saya itu tak betul sebab saya tahu cerita sebenar, keluarga kami pun tahu cuma tak nak aibkan orang lain saja,” katanya.

Sementara itu, Normalayati juga mengakui Fitria adalah insan yang paling tepat untuk mendapat hak penjagaan anak serta berharap kemenangan berpihak kepada adik iparnya itu.

“Saya percaya dia paling layak untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik berbanding Safee sendiri kerana dia sibuk bekerja.

“Saya juga ada cakap pada Safee, jangan terus fitnah isteri dan pusing fakta. Semoga kemenangan berpihak kepada adik ipar nanti,” katanya.

Normalayati berkata demikian ketika ditemui di sebutan kes tuntutan hadanah interim depan pendaftr kali pertama membabitkan Fitria Elfira dan Safee di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Sebelum ini, aktres jelita Rita Rudaini mendakwa dia mengetahui kisah sebenar terjadi antara Fitria dan Safee sehingga menganggap wanita berkenaan menerima kifarah kerana didakwa memusnahkan rumah tangga bekas isteri pertama.

Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua anak perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Safee Sali Impi Berbuka & Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “You Dah Sondol, Sekarang You Di Sondol” – Rita Rudaini Anggap Bekas Isteri Kedua Safee Sali Terima Kifarah Allah, Dakwa Tahu Kisah Sebenar

Artikel Berkaitan: Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Nov 2019

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Wanita Ini Nyaris Maut Sehingga Terpaksa Hadapi 8 Kali Pembedahan

Trending Wed, 11 May 2022

Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Comel dan sihat anak perempuan Syatilla dan Shaheizy yang diberi nama Salama Shaheizy ini.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Spekulasi Berbadan Dua Hangat Diperkatakan, Ramai Doakan Watie Hanifiah

Isteri kepada usahawan yang juga pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa sedang berbadan dua.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Trending Tue, 23 Feb 2021
Featured Tue, 8 Jul 2025

Uyaina Arshad Tegur Tindakan Netizen ‘Kaki Buli’ – “Behaviour Ni Accepted Ke Di Tahun 2025?”

Uyaina bagiamanapun menegaskan, netizen mempunyai hak masing-maisng.

Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

error: Content is protected !!