Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 4:53pm

Shatirah Amanda Tampil Dengan Karya Peribadi, Tonjol Vokal Unik Dalam ‘Kasih Tersayang’

Menjelang usia kematangan 25 tahun, penyanyi dan pelakon muda berbakat, Shatirah Amanda, tampil dengan sebuah karya peribadi penuh makna berjudul’Kasih Tersayang’ .

Lagu ini bukan sahaja menyerlahkan sisi vokal lembut dan bertenaga Amanda, malah memperlihatkan evolusinya sebagai pengkarya apabila dia juga menulis sendiri lirik dan mencipta melodi lagu tersebut.

Berlatarkan genre pop moden, ‘Kasih Tersayang’ membawa mesej tentang makna kasih sayang yang luas dan inklusif  bukan semata-mata cinta romantik, tetapi juga mencakupi kasih terhadap keluarga, sahabat, dan juga haiwan peliharaan.

Bagi Amanda, karya ini adalah cerminan jiwanya sebagai individu yang menghargai pelbagai bentuk kasih sejati.

“Lagu ini sangat peribadi bagi saya. Ia bukan tentang cinta pasangan semata-mata, tetapi tentang kasih dalam semua bentuk sesuatu yang saya rasa penting untuk diketengahkan dalam dunia hari ini,” ulasnya.

juga sekaligus menandakan debut rasmi Amanda sebagai penyanyi dan penulis lagu malah,  ia juga memperlihatkan sisi kreatifnya yang semakin menyerlah.

“Ini lagu pertama saya cipta sepenuhnya. Ia memang sangat dekat dengan hati saya.

“Saya harap pendengar dapat merasai kejujuran dalam lagu ini,” katanya.

Meskipun pernah mencuri perhatian menerusi watak-watak dalam drama popular seperti Bunga Salju dan Bila Takdir Melarang Cinta, Amanda kini memilih untuk memberi tumpuan penuh kepada karier nyanyiannya.

“Berlakon memang sentiasa dekat di hati, tapi buat masa ini, saya nak fokus membina jenama sebagai penyanyi.

“Kalau ada watak yang sesuai dan tidak bertindih dengan jadual muzik, saya akan pertimbangkan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shatirah Amanda (@shatirahamanda)

Amanda juga berazam untuk menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan kekal relevan dalam industri muzik tanah air.

“Saya yakin dengan perancangan SA International. Kami berkongsi visi yang sama iaitu untuk menghasilkan muzik yang bermutu dan membuka ruang lebih luas, termasuk ke pasaran luar,” tambahnya.

Menduduki kedudukan Top 5 Dewi Remaja 2020 dan heroin filem Marak, Shatirah Amanda membuktikan bahawa dia bukan sekadar memiliki raut wajah yang cantik, tetapi seorang anak seni yang berprinsip dan berani mengambil laluan berbeza.

“Saya berharap lagu ini membuka lebih banyak pintu, dan kalau diizinkan, saya ingin membawa muzik saya ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti,” ujarnya.

‘Kasih Tersayang’  kini boleh didengarkan di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Tidal, Deezer serta boleh dimuat turun melalui iTunes bermula 5 Mei 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

[VIDEO] Gayat Naik Cable Car, Netizen Kritik Tindakan Nelydia Senrose Peluk Lengan Hariz Hamdan

Netizen kecam tindakan Nelydia Senrose peluk lengan Hariz Hamdan gayat naik cable car

#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Fri, 21 Feb 2025

Singgah Ke SMK Convent (M) Kajang, Program ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ Diteruskan

Program ini bertujuan meningkatkan kreativiti, interaksi dan semangat murid-murid dalam menimba ilmu.

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

error: Content is protected !!