Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 21, 2025 @ 6:18am

Singgah Ke SMK Convent (M) Kajang, Program ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ Diteruskan

Selepas kejayaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ di SMK Ayer Keroh, Melaka, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menerusi TV3, Tonton dan DIDIKTVKPM, terus komited dalam usaha memperkasa generasi muda. Program ini seterusnya berlangsung di SMK Convent (M) Kajang pada 18 Februari lalu.

Program ini bertujuan meningkatkan kreativiti, interaksi dan semangat murid-murid dalam menimba ilmu. Dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan, ia menyediakan platform bagi murid untuk berinteraksi melalui pelbagai aktiviti menarik, menggalakkan penglibatan komuniti, serta memberi peluang kepada mereka mengekspresikan diri dengan lebih yakin dan berani.

Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, lebih 400 murid menyertai pelbagai aktiviti yang merangsang kreativiti dan kemahiran komunikasi, termasuk sesi perkongsian ilmu, ceramah pendidikan serta kesedaran kebersihan, dan rakaman kandungan video untuk platform digital TV3. Selain itu, permainan eksplorasi seperti Uji Bakat Drama, Uji Bakat Berita, Mix & Match dan Tic Tac Toe turut diadakan bagi menghiburkan para pelajar.

Menurut Pengarah Pemasaran Kreatif dan Komunikasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin, program ini bukan sahaja membawa elemen hiburan, tetapi juga membantu murid-murid menonjolkan potensi mereka.

“Program ini meningkatkan keyakinan diri, membolehkan mereka mengekspresikan diri, dan mencungkil bakat terpendam yang mungkin belum mereka sedari. Secara tidak langsung, melalui perkongsian daripada selebriti yang hadir, program ini membimbing murid-murid dalam membina kerjaya masa hadapan mereka. Kami berhasrat mencetuskan impak positif dalam kehidupan mereka serta mendorong mereka untuk terus yakin dan berusaha mencapai impian,” katanya.

Safi Shayla juga turut menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ selaku rakan kongsi. Safi Shayla akan berkongsikan tips penjagaan rambut kepada pelajar hijabi tentang penjagaan rambut menerusi inisiatif ‘Sis Shay, Inspirasi Hijabi, selari dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan diri dan keyakinan diri dalam kalangan remaja perempuan.

Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati aktiviti interaktif seperti sesi ‘Cergas+’, kuiz interaktif LED Q&A, persembahan sekolah, serta peluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang hadir seperti Nisa Kay, Saree Abdullah, Malia Baby, Imran Aqil, Nabil Aqil dan Aizat Saha. Sebagai tanda penghargaan, anugerah khas turut diberikan kepada pelajar yang menyerlah, selain penyampaian plak penghargaan kepada pihak sekolah atas sokongan mereka terhadap program ini.

Turut hadir dalam menjayakan program ini adalah Nor Aishah Raduan, Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) Sains Sosial, PPD Hulu Langat, Ruzihan Jantan, Pengetua SMK Convent (M) Kajang dan Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI.

Program ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ ini diharapkan menjadi pemangkin dalam memperkasakan generasi muda masa kini. Dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk rakan kongsi seperti Safi Shayla dan kehadiran selebriti tempatan, program ini berpotensi mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan murid-murid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Mar 2022

Ini 7 Sebab Kenapa Kami Suka Corvan 2-in-1 Vacuum & Mop K18, Sangat Memudahkan Urusan Harian!

Bila sebut tentang vakum tanpa wayar atau cordless vacuum mesti ramai yang dah tahu seberapa bagus dan bagaimana ia boleh memudahkan kerja-kerja mengemas. Tak payah dah nak tarik wayar panjang-panjang dengan bunyi bising sampai menggangu keselesaan orang […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Fri, 24 Jul 2020

Cuti Khas Aidiladha Belum Diputuskan – KPM

Jadi tunggu dulu keputusan KPM okay!

Featured Tue, 18 Jun 2024

Didakwa Salah Guna Dana, Farah Lee Beri Penjelasan – “Hati-Hati Jangan Terburuk Sangka…”

Nak concern boleh, tapi komen berbaur tuduhan tu sangat menjengkelkan ek👀

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Hiburan Fri, 10 May 2019
error: Content is protected !!