Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa January 27, 2023 @ 4:43pm

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahman di platform TikTok yang memaparkan dia, suaminya dan adik iparnya sedang berjalan.

Berdasarkan hantaran tersebut, Reen yang mengenakan busana pengantin songket berwarna hijau itu difahamkan berkongsi kenduri bersama adik iparnya yang turut memakai songket berwarna ‘marron’.

Reen meluahkan rasa syukur apabila majlis sambut menantu itu berjalan dengan lancar serta selesai dengan baik.

Bukan itu sahaja, perkongsian Reen tersebut turut mengundang tawa ramai apabila dia meluahkan perasaan geram terhadap adik iparnya yang membuat muka serius sepanjang berjalan bersama-sama dengannya.

“Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah suami. Sederhana itu indah. Tapi aku macam nak pang je adik ipar aku, dia ingat dia nak pergi perang ke muka macam itu,” tulisnya.

@reenrahimmy Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah cuami.. Sederhana tu indah .. Tp aku macam nak pang je adk ipar aku, die igt die nk pg perang ke muke mem tu anat.. #hazreentilljannah #reenrahim ♬ original sound – Reenrahim

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Reen dan adik iparnya itu.

“Muka macam dia pulak kahwin dengan artis hahaha.

“Weh pasal adik ipar kau macam itu hahaha.

“Baru nak fefeling princess tapi tak memasal nak kena jalan laju kejar suami. Tambah pula adik ipar lagu tu. Hauk ek hahaha,” komen netizen.

Malah ramai juga yang memuji sikap sederhana Reen yang sanggup berkongsi majlis bersama-sama dengan adik iparnya.

“Sumpah lah dia artis kot tapi dia tak kisah pun sanding dengan pasangan lain juga. Ala kadar je kendurinya. Respect Reen memang the best.

“Weh I respect dengan dia ni. Sebab rileks je sanding sama-sama dengan adik ipar.

“Moga murah rezeki Reen. Artis paling sempoi.

“Dah lah cantik tapi semopi majlis kahwin. Tak show off. Rating paling tinggi ni. Terbaik,” komen netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2 juta tontonan, 79,000 tanda suka dan lebih 1081 komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki. Malah, ada juga di antara mereka yang […]

Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Featured Tue, 3 Dec 2024

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Mulianya! ARMY Sumbang Puluhan Ribu Kepada Pertubuhan Amal

Penangan BTS memang power. Teruskan Army!

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden

Harap-harap Bella mahupun Sharnaaz boleh berbincang secara baik demi kepentingan Jebat Jayden.

Acara Mon, 15 Aug 2022
Events Sun, 29 May 2022
#LaguXTRA Thu, 7 Sep 2023
error: Content is protected !!