Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 6, 2023 @ 5:59pm

Tidak Mudah Cemburu Namun Fazura Dedah Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Suami – “Benda Tu Disaksikan Family”

Pelakon dan usahawan jelita, Fazura mendedahkan bahawa ada seorang pelakon wanita cuba mendekati suaminya pelakon Fattah Amin ketika dia sedang hamil.

Menerusi video temu bual official hlive, Fazura menyatakan bahawa dia seorang yang tidak kuat cemburu.

Namun, ada rakan produksi yang akan menyampai kepadanya tetapi dia enggan cepat melatah kerana mempercayai suaminya.

“Faz seorang yang tak jealous. Saya percaya suami saya dan Alhamdulillah Fattah seorang suami yang baik.

“Memang ada insiden sebelum ini juga yang memang mencuba-cuba tapi Faz tak tanya Fattah, tak tanya apa. Cuma orang yang akan sampaikan dekat Faz. Macam orang produksi dia akan sampaikan.

“Tapi, memang tak pernah ada discussion dengan Fattah pun sebab I trust my husband. Nak buat macam mana husband kita helok,” kata Fazura sambil bergurau.

Lagi, Fazura mendedahkan bahawa pelakon wanita itu berani untuk mengganggu suaminya malah turut disaksikan oleh keluarganya.

Walaubagaimanapun, Fazura merupakan seorang yang tenang dan percaya dengan istilah ‘bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi’.

“Ada satu insiden sampai dekat premier pun. Faz ingat lagi masa tu saya pregnant, kat rumah. Memang faz tak pergi sebab masa tu zaman Covid kan so risaulah nak keluar.

“So ada satu insiden tu pelakon ni sampai dekat premier pun dia boleh nak dekat dan sebagainya. Benda itu disaksikan oleh family Faz jugak tapi I’m cool. Faz rasa kalau apapun saya takkan nak serang suami saya ke apa because the end of the day it takes two to tango,” ujarnya lagi.

Sumber: official hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022
Hiburan Wed, 3 Jun 2026

Insiden Anak Terjatuh Katil Jadi Pengajaran Besar, Maryam Durian Kimchi Syukur Rian Kembali Ceria & Sihat – “Sepanjang Tempoh Pemerhatian Tiada Simptom Luar Biasa”

Maryam berkata, sepanjang tempoh pemerhatian itu, anak kesayangannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom luar biasa yang boleh menimbulkan kebimbangan.

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Trending Tue, 16 Jan 2024

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Banyak betul kes rog*l sekarang ni…harapnya dapat dijadikan iktibar buat semua orang lah!

Featured Sat, 26 Feb 2022
error: Content is protected !!