Euforia Bola 2026
Filem By: Padin January 1, 2026 @ 8:31pm

“Tolong Jangan Tinggalkan Saya”- Rayuan Kanak-Kanak G*za Bergema, Teaser Filem ‘The Voice of Hind Rajab’ Buat Ramai Terkedu

Primeworks Studios sekali lagi menjadi tumpuan selepas memperkenalkan teaser 15 saat untuk filem terbaharu edaran mereka, The Voice of Hind Rajab. Tanpa bergantung pada visual sensasi atau muzik yang memaksa emosi, teaser ini memilih nada yang tenang tetapi menekan, menggunakan sunyi, sela masa, dan satu suara kecil yang merayu hingga terasa berat untuk didengar. Menariknya, bintang Hollywood Brad Pitt dan Joaquin Phoenix turut bersama projek ini sebagai penerbit eksekutif.

“Tolong… cepatlah datang. Kereta kebal makin dekat!” (“Please, hurry. The tanks are getting closer!”) menjadi ayat pembuka yang terus mencengkam perasaan. Rakaman itu kemudian disambung dengan suara yang cuba membantu, “Siapa nama kamu?” (“What’s your name?”), sebelum suara tadi kembali dengan nada semakin rapuh, “Saya Hind Rajab Hamada. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya seorang diri.” (“Hind Rajab Hamada. Please don’t leave me. I’m alone.”).

Rayuan tersebut datang daripada Hind Rajab, kanak-kanak Palestin berusia enam tahun yang dilaporkan terperangkap di dalam sebuah kereta di Gaza ketika cuba mendapatkan bantuan kecemasan, dalam kejadian sebenar pada 29 Januari 2024. Dengan menggabungkan rakaman audio sebenar dan lakonan berasaskan skrip, filem ini mengekalkan panggilan itu sebagai suara asli, sekali gus menonjolkan detik menunggu yang panjang, sunyi, dan penuh cemas.

Di bawah arahan Kaouther Ben Hania, filem ini menampilkan pelakon Palestin seperti Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury. The Voice of Hind Rajab dijadualkan ke pawagam Malaysia pada Januari ini dan turut tersenarai pendek bagi kategori Best International Feature Film di Anugerah Akademi ke-98 (98th Oscars). Jika hanya 15 saat sudah mampu membuat dada terasa sempit, versi penuh filem ini dijangka meninggalkan kesan mendalam, sebagai peringatan tentang kemanusiaan, kehilangan, dan suara yang tidak patut dilenyapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023

40 Tub Nutella Pecah Dalam Kapal Terbang… Peniaga Sedih, Dakwa Syarikat Penerbangan Cuai Kendali Barang

Tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Ojen yang merupakan usahawan kunafa berkongsi pengalaman sedih apabila makanan yang diterbangkan ke Sarawak menggunakan khidmat salah sebuah syarikat penerbangan pecah. Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, dia terkilan selepas melihat […]

Filem Fri, 23 Aug 2019

「适度改编 vs 还原原唱」王力宏李荣浩强强碰撞!

本期《中国好声音》将播出首场导师对决,而两位新晋导师王力宏和李荣浩将首次正面交锋。

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Azhan Rani Gemar Bersendiri Di Kebun?

Pelakon ini juga antara yang dikenali sebagai artis low profile. Menurut Azhan, dia lebih suka duduk di tempat yang mendamaikan jika tidak ke set penggambaran.

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah.

Hiburan Mon, 3 Mar 2025
Featured Thu, 11 Nov 2021

Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Perbicaraan di kes di tangguh ke tahun 2022

Featured Fri, 1 Nov 2024
error: Content is protected !!