Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2023 @ 11:30am

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Bekas suami kepada Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta daripada pelakon dan penyanyi itu selepas tiga tahun bercerai.

Terkejut selepas menerima notis tersebut, Dr Che Hafiz tak mahu memberi komen lebih lanjut mengenai tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.

“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Hadir bersama isterinya pelakon Julia Farhana dan peguam, Dr Che Hafiz ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Che Hafiz, Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif berjumlah RM1 juta.

Jelas Hadi, mutaah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

“Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plaintif.

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Lufya yang turut hadir ke mahkamah ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Che Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Kita Dengan Sesiapa Pun Boleh Bergaduh” – Salah Faham Tamat, Aaron Aziz & Sharnaaz Ahmad Berdamai 

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas kedua-duanya tampil dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Che Ta Bantu Peminat Jadi Usahawan Kad Sim Glamour!

Jom tukar ke kad sim lebih glamour yang bakal dijual di pasaran bermula 29 April 2019!

Kisah Viral Thu, 22 Jun 2023
Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

‘Nak Naik Tangga Pun Mengah’-Remy Ishak Mula Rimas?

Saya cuba lari daripada ‘Remy Ishak’ yang anda selalu nampak. Tak adalah asyik berlakon cerita cinta sahaja kan?

error: Content is protected !!