Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 4:40pm

Kes Anak Dir*gol Depan Mata: Ibu, Kekasih Warga Emas Ditahan Polis

Seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berumur 13 tahun itu merupakan anak kepada wanita yang juga kekasih lelaki itu.

“Siasatan mendapati mangsa ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri,” katanya kepada pemberita.

Katanya, siasatan turut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri.

“Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua individu warga tempatan masing-masing merupakan wanita berumur 36 tahun dan lelaki berumur 61 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya.

“Semakan terhadap kedua-dua suspek yang diberkas kira-kira jam 6.30 petang itu mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga,” jelasnya.

Menurutnya, kedua suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah selain tiada rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat dibawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota pada pertengahan tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 May 2021

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

‘Hilang Dari Raya Ku’ Sarat Emosi & Nostalgia… Netizen Puji Lagu Raya Yuna Paling Menenangkan!

Lagu Hilang Dari Raya Ku Yuna mengisahkan sambutan Aidilfitri tanpa orang tersayang

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

Individu Beri Pesanan Jangan Ambil Suami Orang Lagi, Ini Respons Adira Suhaimi – “Saya Perlu Jaga Nama Anak-Anak”

Adira Suhaimi berkata fokusnya kini adalah menjaga maruah dan masa depan anak-anak

Featured Thu, 5 Mar 2026

“Semoga Mommy Kuat Untuk Jaga Fatima Sampai Tua Nanti”- Fazura Tahan Sebak Titip Ucapan Untuk Fatima Di Usia 15 Tahun

Selebriti terkenal, Fazura tidak dapat menahan sebak ketika menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di usia 15 tahun nanti.

Featured Sat, 18 Mar 2023
Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kaka Azraff Bakal Jadi Ibu?

Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan…

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Benda Negatif? Sorry, Next!

Teruskan menjadi Ibu Yang Terbaik!

error: Content is protected !!